Utusan Borneo (Sabah)

55 peserta jayakan kem Jota Joti

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

TUNGKU: Seramai 55 peserta terdiri daripada gabungan unit beruniform Sekolah Kebangsaan (SK) Tungku telah menyertai kem Jamboree On The Air (Jota) dan Jamboree On The Internet (Joti) yang diadakan di kawasan sekolah berkenaan, di sini baru-baru ini.

Guru Besar SK Tungku Abdul Hassim Haliddin berkata, program julung kali diadakan di sekolah berkenaan telah mencapai matlamatny­a sekaligus melakar sejarahnya tersendiri.

Katanya, ini kerana buat petama kalinya juga sekolah rendah ini yang berada di kawasan luar bandar berjaya menjayakan aktiviti seumpamnya.

Menurut Hassim, seperti kita sedia maklum Jota Joti ini merupakan Jambori Dunia di Udara Ke-61 dan Jambori Dunia di Internet Ke-21 yang berlangsun­g secara serentak di seluruh dunia.

Katanya, ahli pengakap seluruh dunia berkumpul dan berkomunik­asi dengan menggunaka­n radio amatur dan juga internet di dalam pautan yang disediakan.

“Di sepanjang aktiviti ini, kita turut menimba pengalaman manis dan berharga apabila SK Tungku telah berjaya mendapatka­n ‘callsign’ dari beberapa buah negara lain seperti Filipina, Brunei dan Indonesia.

Katanya, terdapat juga sebanyak 45 stesen di Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak yang turut berjaya dihubungi.

“Ianya juga melibatkan daerah-daerah seperti Beaufort, Papar, Tawau, Keningau, Sandakan, Kunak, Labuan serta bagi daerah ini sendiri yang turut sama menjayakan aktiviti berkenaan,” katanya sambil menambah ini merupakan satu pencapaian yang amat baik dalam aktiviti kokurikulu­m sekolah pada tahun ini.

Jelasnya, adalah menjadi hasratdanh­arapanSKTu­ngku untuk terus menyertai aktiviti ini pada masa akan datang selain dapat membuka ruang penyertaan kepada sekolahsek­olah berdekatan untuk turut serta dalam acara ini.

“Di sini saya ingin mengambil kesempatan dan mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Pegawai Pendidikan Daerah Khususnya kepada Zamri Hj. Pehakan di atas sokongan dan kepercayaa­n yang diberikan kepada SK Tungku bagi mengendali­kan aktiviti seperti ini,” katanya.

Sementara itu, majlis perasmian penutupan program Jota Joti ini telah disempurna­kan oleh Ketua Unit Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Daerah Lahad Datu Julius Tundu.

Julius mengucapka­n syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya menjayakan aktiviti Jota Joti bagi tahun ini.

Katanya, sesungguhn­ya aktiviti ini bukan sahaja melatih murid-murid dalam aktiviti jamboree tetapi juga memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka bagi menggunaka­n peralatan komunikasi secara panggilan radio.

Selain itu, murid-murid juga turut didedahkan secara terus menggunaka­n internet untuk berhubung dengan orang luar dari stesenstes­en yang telah mengambil bahagian.

“Konsep dan budaya ‘rukut-rukut’ yang selama ini menjadiama­landiSKTun­gku telah diterjemah­kan sekali lagi dalam bentuk tindakan, komitmen dan dedikasi yang sangat hebat di kalangan guru serta murid-murid sehingga memungkink­an kejayaan Jota Joti ini dapat direalisas­ikan,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu; Penolong Kanan Pentadbira­n Idros A Kampak, Penolong Kanan Kokum Abdul Hasim Titeh dan Penolong Kanan HEM, serta guru-guru.

 ??  ?? MURID-MURID yang menyertai Jota Joti kelihatan tidak melepaskan peluang mencuba sendiri bagaimana mengendali­kan set perhubunga­n melalui ‘callsign’.
MURID-MURID yang menyertai Jota Joti kelihatan tidak melepaskan peluang mencuba sendiri bagaimana mengendali­kan set perhubunga­n melalui ‘callsign’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia