Utusan Borneo (Sabah)

Polis ketat kawalan, bersedia hadapi sebarang provokasi

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis melakukan kawalan keselamata­n bagi menghadapi sebarang kejadian tidak diduga daripada orang ramai di luar mahkamah di sini pada Jumaat.

Kehadiran anggota polis di perkaranga­n mahkamah seawal jam 8 pagi turut melarang penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) daripada memasuki kawasan mahkamah sehingga menyebabka­n kesesakan di dalam.

Kira-kira lebih 600 penyokong Warisan yang rata-ratanya memakai baju berwarna jingga mula berkumpul di luar pagar mahkamah bagi menyambut kehadiran presiden mereka Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dibebaskan pada Jumaat.

Keadaan terkawal sehingga Shafie dibebaskan jam 10 pagi dan penyokong dilihat mula melaungkan ‘Sabah, Ubah’ sebanyak tiga kali sehingga kereta yang membawa Shafie beredar dari perkaranga­n mahkamah.

Pihak polis kemudianny­a mengarahka­n penyokong Warisan untuk beredar dan bersurai dari kawasan berdekatan mahkamah.

Tindakan penyokong Warisan yang bergerak agak lambat bagaimanap­un menyebabka­n anggota polis mengeluark­an arahan lisan lebih tegas agar mereka beredar dari kawasan berkenaan.

Kira-kira 10 minit kemudian kawasan Taman Chong Thien Vun yang dijadikan tempat berkumpul mula lengang dan keadaan kembali normal seperti biasa.

Lebih 200 anggota polis yang berkawal di kawasan mahkamah dengan beberapa jentera termasuk lori polis yang disediakan untuk sebarang kemungkina­n.

 ??  ?? KEADAAN penyokong Warisan yang berkumpul di luar pagar mahkamah.
KEADAAN penyokong Warisan yang berkumpul di luar pagar mahkamah.
 ??  ?? ANGGOTA polis yang menjalanka­n tugas mengawal keselamata­n di sekitar mahkamah pada Jumaat.
ANGGOTA polis yang menjalanka­n tugas mengawal keselamata­n di sekitar mahkamah pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia