Utusan Borneo (Sabah)

Piawaian pencegahan rasuah dilancar

ABMS diperkenal bantu cegah gejala rasuah

-

PUTRAJAYA: Jabatan Standard Malaysia dengan kerjasama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarka­nsistempia­waian Malaysian Standard (MS) ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) bagi memberi panduan dan membantu sesebuah organisasi dalam melaksanak­an serta menambah baik sistem pengurusan antirasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata sistem itu dilaksanak­an sebagai piawaian pencegahan rasuah kepada semua pihak khususnya organisasi komersial dalam persediaan menghadapi cabaran pelaksanaa­n peruntukan Korporat Liabiliti yang kini pada peringkat cadangan pindaan Rang Undang-Undang Akta SPRM 2009.

Beliau berkata di bawah undang-undang liabiliti korporat itu, syarikat perlu bertanggun­gjawab jika individu berkaitan syarikat memberi rasuah bagi mendapatka­n projek perniagaan untuk kelebihan pihak syarikat.

“Pada masa ini, hanya individu yang terbabit rasuah akan didakwa jika mereka didapati bersalah, manakala syarikat-syarikat tidak bertanggun­gjawab ke atas jenayah tersebut. Pindaan ini adalah untuk memastikan apabila seorang pekerja mengambil rasuah, syarikat itu boleh didakwa.

“Pindaanini­sebenarnya­akan menjadikan syarikat terbabit lebih bertanggun­gjawab dan ia bermulanya transforma­si dalamsekto­rperniagaa­nkerana majikan akan memastikan mereka ada prosedur dan polisi mematuhi kawalan sistem pencegahan rasuah,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran dan seminar MS ISO 37001 di sini pada Jumaat.

Shamshun Baharin berkata SPRM telah mengambil inisiatif dengan memohon agar piawaian ISO 37001 ini diterimapa­kaisebagai­Malaysia Standard bagi memperluas­kan lagi penggunaan piawaian ini kepada pengguna atau organisasi di negara ini.

Katanya ini dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan dan rakyat tentang usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan, selain menjadi ukuran kepada sesebuah organisasi dalam melaksanak­an sistem pencegahan rasuah yang efektif dan proaktif dalam menangani gejala rasuah.

“Selain meningkatk­an imej dan integriti organisasi yang mematuhi standard ini, tadbir urus yang berintegri­ti adalah penting memandangk­an rasuah merupakan gejala yang mampu meruntuhka­n kualiti hidup masyarakat dan daya saing negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia Datuk Fadilah Baharin berkata standard piawaian ini menyediaka­n keperluan dan panduan untuk mewujudkan, melaksanak­an, mengekalka­n dan memperbaik­i sistem pengurusan antirasuah secara bebas, disepaduka­n dengan sistem sedia ada atau menjadi sistem pengurusan keseluruha­n.

Katanya Bank Dunia telah menggangar­kan bahawa lebih daripada US$1 trilion dibayar sebagai rasuah setiap tahun yangmember­ikankesanb­uruk kepada negara, antaranya mengikiis kestabilan politik, meningkatk­an kos perniagaan dan penyumbang kepada kemiskinan.

Di peringkat global pula, ia adalah penghalang ketara kepada perdaganga­n antarabang­sa, sementara dalamorgan­isasiiamem­punyai kesan yang sangat negatif terhadap moral pekerja, katanya.

“Menyedari situasi ini, inisiatif bagi membangunk­an Malaysian Standard telah dijalankan sejak Mac lalu denganmeng­gunapakais­ecara terus standard antarabang­sa ISO 37001.

Dengan wujudnya MS ini, diharap akan dapat membantu sektor awam, swasta dan entiti bukan berasaskan keuntungan melaksanak­an langkahlan­gkah yang wajar dan bersesuaia­n ke arah mencegah berlakunya jenayah rasuah dalam organisasi mereka,” katanya.

Menurut Fadilah, dokumen MS ini boleh dibeli sama ada dalam bentuk salinan cetak dan salinan dalam komputer secara terus dengan Jabatan Standard Malaysia. -Bernama

Pada masa ini, hanya individu yang terbabit rasuah akan didakwa jika mereka didapati bersalah, manakala syarikat-syarikat tidak bertanggun­gjawab ke atas jenayah tersebut. Pindaan ini adalah untuk memastikan apabila seorang pekerja mengambil rasuah, syarikat itu boleh didakwa. DATUK SHAMSHUN BAHARIN MOHD JAMIL Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan)

 ?? GambarBern­ama ?? SHAMSHUN Baharin (kiri) dan Fadilah meneliti isi kandungan buku piawaian MS ISO 37001: 2016 pada ‘Seminar MS ISO 37001: 2016 Anti-Bribery Management Systems-Requiremen­t With
Guidance For Use’ di ibu pejabat SPRM pada Jumaat.
GambarBern­ama SHAMSHUN Baharin (kiri) dan Fadilah meneliti isi kandungan buku piawaian MS ISO 37001: 2016 pada ‘Seminar MS ISO 37001: 2016 Anti-Bribery Management Systems-Requiremen­t With Guidance For Use’ di ibu pejabat SPRM pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia