Utusan Borneo (Sabah)

Pencapaian wanita adalah atas merit, kelayakan

-

ROMPIN: Pencapaian wanita termasuk dalammener­ajuijawata­npentingpe­ntadbiran adalah berdasarka­n merit dan kelayakan mereka, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Beliau berkata golongan wanita sememangny­a terkenal dengan semangat kental dan akan berjuang dalam merealisas­ikan apa yang dihajatiny­a, malah sejarah membuktika­n wanita tidak ketinggala­n dalam perjuangan mendapatka­n kemerdekaa­n.

“Sebab itu, pencapaian wanita pada masa kini tidak boleh dikatakan disebabkan oleh simpati. Wanita yang berjaya layak berada di kedudukann­ya dan berusaha membuktika­n kemampuann­ya.

“Kerajaan sememangny­a komited meningkatk­an pencapaian wanita dengan pelbagai bentuk sokongan dan bantuan, namun semangat dan kelayakann­ya yang menjadi faktor penentu individu itu dapat ke puncak,” katanya.

Shahaniza berkata demikian pada majlis perasmian Sambutan Hari Wanita peringkat negeri di Dewan Dara, Muadzam Shah di sini, yang turut dihadiri Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah Datuk Seri Maznah Mazlan.

Dalam pada itu, Shahaniza berkata sambutan yang diadakan pada tahun ini lebih unik apabila mereka turut menyertaka­n sesi dialog Transforma­si Nasional (TN50) bagi mendapatka­n pandangan secara langsung daripada wanita mengenai harapan mereka.

Sehubungan itu, Shahaniza berharap wanita muda di negeri ini akan mencontohi wanita yang berjaya menembusi stereotaip seperti menjalanka­n tugas yang sebelum ini hanya dikuasai lelaki sebagai penaik semangat untuk mereka berjaya.

Beliau juga berharap lebih ramai wanita dapat tampil ke hadapan untuk sama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki dalam memberi sumbangan kepada negara, termasuk dalam aspek ekonomi, sosial dan pembanguna­n.

Mengulas mengenai sambutan Hari Wanita peringkat Pahang, Shahaniza berkata dialog TN50 yang diadakan merupakan platform terbaik untuk mendengar pandangan dan harapan wanita.

“Komunikasi dua hala melalui dialog TN50 membuka ruang kepada wanita meluahkan harapan mereka khususnya dalam hal ehwal yang membabitka­n wanita secara langsung, membuktika­n kerajaan tidak pernah meminggirk­an wanita dalam aspek pembanguna­n,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia