Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak komited pelihara ekosistem persempada­nan Borneo

Keluasan kawasan HoB S’wak ditambah daripada 2.1 juta hektar kepada 2.5 juta hektar

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata Sarawak komited dalam mengurus dan memelihara ekosistem di kawasan persempada­nanKepulau­anBorneo menerusi Projek Jantung Borneo atau Heart of Borneo (HoB).

Bagi tujuan itu, katanya kerajaan negeri telah bersetuju menambah keluasan kawasan untuk diisytihar­kan sebagai sebahagian daripada HoB Sarawak daripada 2.1 juta hektar kepada 2.5 juta hektar.

Dengan tambahan lebih kurang 450,000 hektar ini, bermakna Sarawak kini mempunyai 2.5 juta hektar kawasan HoB meliputi kawasan sehingga Tanjong Datu meliputi Taman Negara Gunung Gading, Taman Negara Gunung Pueh, Taman Negara Tanjong Datu, Santuari Hidupan Liar Samumsan dan khazanah lain dalam kawasan ini, jelasnya.

“Sarawak adalah sebahagian daripada kawasan yang terbesar

“Sarawak adalah sebahagian daripada kawasan yang terbesar dalam projek HoB iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruha­n projek dengan yang terbesar adalah Kalimantan, Indonesia.

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

dalam projek HoB iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruha­n projek dengan yang terbesar adalah Kalimantan, Indonesia.

“Projek HoB adalah satu komitmen daripada tiga negara untuk mempertaha­nkan kehijauan dan biodiverit­i khususnya di kawasan persempada­nan Kepulauan Borneo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Produk Hutan Bukan Kayu (NTFP) Sarawak 2017 di Tebingan Kuching di sini pada Khamis.

Tambah Abang Johari, selain komited dalam projek HoB, beliau juga meminta pihak yang berkaitan mencari jalan menambahka­n lagi hutan ditanam di Sarawak.

Bagi tujuan itu, Sarawak katanya sedang mengambil pakar dari negara seperti Finland untuk membantu negeri ini menambah nilai pengurusan hutan.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari berkata khazanah yang dimiliki ini merupakan aset penting kepada Borneo yang merupakan pulau ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia.

Inisiatif HoB ini katanya, merupakan jantung kepada Pulau Borneo dan atas sebab itu jantung ini harus dijaga dengan baik oleh ketiga-tiga negara di kepulauan ini.

“Projek HoB adalah penting kepada masyarakat di Borneo dan dalam konteks Sarawak kita komited untuk memelihara khazanah serta ekosistem ini bermula dari kepimpinan dua Ketua Menteri kita sebelum ini iaitu Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem (kini Pehin Sri).

“Saya akan meneruskan polisi tetapi dengan sedikit penambahan di mana kita mahu memperkena­lkan sistemanal­itikdatada­lampenguru­san hutan kita seperti yang digunakan di Estonia,” katanya.

Dalam pada itu, projek HoB merupakan inisiatif pembanguna­n mapan di kawasan persempada­nan di Kepulauan Borneo.

Projek ini telah termeterai oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam pada 12 Februari 2017 di Bali, Indonesia dengan slogan Tiga Negara Satu Pemulihara­an.

Keseluruha­n keluasan HoB yang merangkumi Malaysia (Sarawak dan Sabah), Brunei Darussalam dan Kalimantan, Republik Indonesia, ialah lebih kurang 22 juta hektar.

Objektif projek HoB ini adalah bagi mengurus secara mapan kawasan sepanjang persempada­nan ketiga-tiga negara.

 ??  ?? ABANG Johari tertarik dengan kecekapan seorang peserta yang menghasilk­an tenunan pua kumbu pada Karnival NTFP Sarawak 2017 di Tebingan Kuching.
ABANG Johari tertarik dengan kecekapan seorang peserta yang menghasilk­an tenunan pua kumbu pada Karnival NTFP Sarawak 2017 di Tebingan Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia