Utusan Borneo (Sabah)

Kiefer Racing tarik diri pada MotoGP Malaysia

-

SEPANG:Pasukan Kiefer Racing Moto2 mengambil keputusan menarik diri daripada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2017 di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) berikutan pemergian pemilik bersama dan pengurus pasukan berkenaan, Stefan Kiefer.

“Dorna Sports sedih mendengar mengenai pemergian Stefan, individu sangat dihormati dalam kalangan pasukan MotoGP yang akan dirasai semua. Kami merakamkan takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan (mendiang),” kata MotoGP dalam laman Twitter rasmi, @MotoGP.

Menurut laman web rasmi pasukan itu, www.kieferraci­ng.com, Stefan yang berasal dari Jerman berada di Malaysia bagi perlumbaan di SIC hujung minggu, bermula Jumaat sehingga Ahad, ‘meninggal dunia dengan tidak disangka-sangka’ di sebuah hotel, pada Khamis, namun punca kematian masih belum dapat dipastikan.

“Stefan sendiri adalah pelumba yang aktif dan pengasas pasukan berkenaan bersamasam­a adik beradiknya, Jochen selepas bersara daripada kariernya. Kiefer Racing telah menjadi anggota penting dalah Kejuaraan Motosikal Dunia sejak 2003.

“Stefan sangat popular dalam kalangan pasukan MotoGP kerana sikap dan peribadiny­a yang sentiasa mesra, maka pemergiann­ya amat dirasai. Stefan meninggalk­an teman wanita dan seorang anak lelaki. Seluruh pasukan Kiefer Racing merakamkan takziah atas pemergian mendiang,” kata pasukan itu.

Stefan yang memulakan karier sebagai pelumba pada akhir 1980-an, mengalih tumpuan menjad pemilik dan menguruska­n pasukan pada 1996 melalui pasukan Kiefer Racing.

Pada musim ini, Kiefer Racing bersaing dalam Kejuaraan Moto2 Dunia dengan membariska­n bakat baru, Tarran Mackenzie dari Great Britain, dan pelumba berpengala­man Dominique Aegerter dari Switzerlan­d. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia