Utusan Borneo (Sabah)

Skuad simpanan Real Madrid tewaskan Fuenlabrad­a 2-0

-

MADRID: Real Madrid memerlukan dua tendangan penalti pada separuh masa kedua yang disumbat oleh Marco Asensio dan Lucas Vazquez untuk membuka kempen mereka dalam Copa del Rey dengan kemenangan 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 32 terakhir di kelab divisyen ketiga Fuenlabrad­a kelmarin.

Pengurus Madrid, Zinedine Zidane (gambar), merehatkan kebanyakan bintangnya pada malam itu malah Cristiano Ronaldo, Luka Modric, Toni Kroos, Isco dan Sergio Ramos adalah antara pemain yang tidak disenaraik­an dalam skuad.

Bagaimanap­un barisan pemain simpanan Real gagal untuk menggunaka­n peluang mereka bagi membuktika­n diri dalam tempoh 45 minit pertama yang hambar di mana hanya voley kencang Marcos Llorente sahaja dari luar kotak penalti menguji Jordi Codina.

“Saya gembira, kami menjaringk­an dua gol dan tidak dibolosi sebarang jaringan,” tegas Zidane.

“Kami mempunyai kesabaran. Kami tahu kami dapat mencari lubang dalam separuh masa kedua dan itulah apa yang kami buat.”

Tanpa inspirasi dari permainan terbuka, pasukan pelawat membuka jaringan menerusi tendangan penalti apabila Fran Garcia menarik Achraf Hakimi sehingga terjatuh sejurus selepas sejam dan Asensio menyumbat gol.

Codina buat seketika memastikan Fuenlabrad­a terus memberi cabaran dengan dua aksi hebat untuk menafikan Borja Mayoral.

Namun gol kedua Real tiba 12 minit sebelum tamat apabila satu lagi penarikan oleh Paco Candela ke atas Theo Hernandez menyaksika­n dia dibuang dari padang selepas dilayangka­n kad kuning kedua dan satu lagi tendangan penalti diberikan kepada juara Eropah.

Kali ini Vazquez memikul tanggungja­wab untuk memastikan perlawanan timbal balik dalam masa sebulan di Santiago Bernabeu lebih daripada formaliti sedikit.

Bagaimanap­un, ia adalah malam yang tidak bebas daripada masalah bagi Real kerana pemain yang tampil buat julung kali Jesus Vallejo terus dilayang kad merah dua minit sebelum tamat bagi satu asakan liar yang lewat.

Dalam perlawanan lain, Cristobal Parralo bermula dengan buruk dalam perlawanan­nya yang pertama selaku jurulatih Deportivo la Coruna apabila kelab Galicia yang bermain dengan 10 orang mengalami kekalahan 4-1 kepada Las Palmas di tempat sendiri.

Dua jaringan awal Momo meletakkan pasukan pelawat di hadapan sebelum Juanfran dilayangka­n dua kad kuning berturut-turut bagi pasukan tuan rumah.

Pemain yang dipinjam dari Arsenal, Lucas Perez, merapatkan jurang dengan satu jaringan untuk Deportivo, tetapi Jonathan Calleri menyumbat dua gol dalam masa 10 minit terakhir untuk memberikan kelebihan yang besar kepada kelab Pulau Canary itu pada pusingan pertama.

Real Sociedad semakin mara ke peringkat 16 terakhir hasil tendangan percuma yang cantik dari Sergio Canales untuk menang 1-0 di Lleida.

Levante mengatasi Girona dalam perlawanan liga utama apabila Emmanuel Boateng dan CheickDouk­oure menjaringk­an gol masingmasi­ng sebelum dan selepas waktu rehat untuk kemenangan 2-0.

Dalam satu perlawanan lagi perlawanan yang dilewatkan oleh kerosakan lampu limpah, Tenerife mengikat Espanyol untuk keputusan seri tanpa jaringan. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia