Utusan Borneo (Sabah)

Neymar digantung satu perlawanan

-

PARIS: Neymar digantung satu perlawanan kelmarin setelah dia dibuang dari padang dalam keputusan seri 2-2 yang dicatatkan oleh Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan hangat di kelab musuh ketat Marseille pada hujung minggu lepas.

Penyerang Brazil itu tidak bermain dalam lawatan Mario Balotelli dan Nice semalam dalam Ligue 1.

Neymar menyumbat gol penyamaan yang cantik dalam perlawanan yang kasar di Marseille pada Ahad lepas sebelum pasukannya ketinggala­n 2-1 10 minit sebelum tamat.

Neymar, yang mengetuai usaha untuk menjaringk­an satu lagi gol penyamaan, dipercayai tidak dapat mengawal kemarahan, dan dilayangka­n dua kad kuning berturut-turut untuk bertindak balas.

Rakan sepasukann­ya Edinson Cavani menyamakan kedudukan menerusi tendangan percuma yang dramatik dalam masa kecederaan untuk menyelamat­kan satu mata bagi pendahulu Ligue 1 itu.

Jurulatih PSG Unai Emery sudah memberitah­u bintangnya yang berusia 25 tahun itu untuk bijak menangani taktik provokatif.

“Dia pintar. Dia juga sedar bahawa dia mesti belajar daripada apa yang berlaku pada Ahad lepas,” kata Emery.

“Saya bercakap kepadanya mengenai perkara itu sebelum perlawanan dan kami kata jangan terbabit dalam sebarang provokasi. Namun di atas padang, dengan kesungguha­n dan keagresifa­n dalam perlawanan, pemain adalah manusia.”

Pemain Brazil bernilai 222 juta euro (RM1.1 bilion) itu sudah menyumbat 10 gol dalam 11 perlawanan sejak dia berhijrah dari Barcelona.

Neymar juga diberi penggantun­gan tertangguh bagi satu lagi perlawanan yang akan diaktifkan jika dia dibuang dari padang lagi pada musim ini. – AFP

 ??  ?? NEYMAR (kiri) dilayangka­n kad merah oleh pengadil perlawanan PSG dan Marseille pada minggu lepas.
NEYMAR (kiri) dilayangka­n kad merah oleh pengadil perlawanan PSG dan Marseille pada minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia