Utusan Borneo (Sabah)

550 jaguh karate berkampung di Ranau

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Kirakira 550 atlet karate dari seluruh negeri Sabah akan membanjiri Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Ranau pada hujung minggu ini.

Jumlah pelatih itu yang mewakili 24 pasukan akan bersaing dalam Kejohanan Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah 2017 bermula kelmarin hingga Ahad.

“Kejohanan edisi ke-20 kali ini menerima sambutan yang amat menggalakk­an dari semua badan bergabung, cawangan, kelab mahupun sekolah-sekolah.

“Persaingan tahun ini pastinya akan berlangsun­g dengan sengit,” jelas Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA) Julian Chin ketika dihubungi Khamis.

Pasukan-pasukan yang telah mengesahka­n penyertaan termasuk Kota Kinabalu, Tenom, Papar, SKA Penampang, Main Dojo (KK), Tuaran, Sacred Heart, La Salle, St. Francis Convent, Sandakan, Shitoryu, Tawau, Kota Belud, Keningau, KKKS Penampang, Bandaraya (KK), KKKS Keningau, Kinabatang­an, Tac Fit Tawau, Tambunan, Telupid, Kemabong dan Ranau.

“Pertanding­an akan bermula 8.00 pagi hingga 6.00 petang, di mana majlis perasmian pembukaan dijangka akan disempurna­kan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

“Sejajar itu, saya bagi pihak persatuan mengalualu­kan kehadiran orang ramai khususnya masyarakat sekitar daerah Ranau untuk hadir beramai-ramai memeriahka­n lagi suasana pertanding­an,” tambah Julian.

Tumpuan kejohanan dua hari itu pastinya diletak ke atas SKA cawangan Penampang yang hadir dengan azam untuk mengekalka­n gelaran juara untuk kali kelima berturut-turut.

Tahun lalu, SKA Penampang membolot 13 emas, lapan perak dan 14 gangsa untuk selesa mengatasi naib johan SKA Tawau yang berjaya membawa pulang empat emas, empat perak dan sembilan gangsa.

Kalab Karate Kompleks Sukan Keningau muncul selaku tempat ketiga keseluruha­n selepas memenangi tiga emas, satu perak dan tujuh gangsa di kejohanan itu yang berlangsun­g di hadapan para penyokong Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia