Utusan Borneo (Sabah)

Vettel mahu menang tiga perlumbaan terakhir

-

KOTA MEXICO: Sebastian Vettel dan Ferrari mahu menewaskan Lewis Hamilton dan memenangi tiga perlawanan terakhir pada musim ini tidak kira apa pun kesudahann­ya dalam kejohanan nanti, katanya kelmarin.

Bercakap kepada pemberita di satu sidang akhbar menjelang Grand Prix Mexico pada hujung minggu ini, juara dunia sebanyak empat kali itu juga berkata Ferrari harus kekal bersama ketua pasukan Maurizio Arrivabene yang, menurutnya, telah menggiatka­n mereka semula. “Sayangnya terdapat beberapa perlumbaan bagi kami di mana kami tidak dapat memberikan cabaran,” katanya, yang merujuk kepada perlumbaan yang mengecewak­an di Grand Prix Singapura, Malaysia dan Jepun.

Namun tambahnya, ia adalah “tahun yang amat baik” keseluruha­nnya bagi Ferrari dan ia telah melebihi jangkaan. “Saya malah pasti suka sekali berada di atas tiga roda dalam perlumbaan tersebut, tetapi mereka ternyata meninggalk­an kami dan kami hanya duduk di tepi. “Ia ternyata pahit. Pada akhirnya ia membawa perbezaan yang besar bahawa kami kini berada di kedudukan sekarang – kami masih ada peluang, kami mahu memenangi tiga perlumbaan terakhir dan saya rasa kami dapat.

“Kami mungkin sudah membuktika­n semua orang salah. Pada keseluruha­nnya pasukan kami telah menunjukka­n prestasi yang menakjubka­n untuk berada di kedudukan kami sekarang. Tidak ada orang yang menjangka kami begitu kuat, jadi terdapat banyak perkara positif.” Ditanya sama ada Arrivabene harus kekal sebagai ketua pasukan ataupun tidak, Vettel memberi pendapat yang tegas. “Sudah tentu sekali. Apakah kekuatanny­a? Lihat keputusann­ya, lihat di mana Ferrari berada selepas 2014, betapa berdaya saingnya kami pada 2014. “Semangat menurun. Dia adalah orang penting yang bertanggun­gjawab untuk membawa balik perkara itu, untuk membuka keadaan dan mengubah keadaan yang telah dibuat selama 20 tahun sebelum itu.” – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia