Utusan Borneo (Sabah)

KBS Sabah harap agihan peruntukan saksama

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN dan Terrance (kanan).

KOTA KINABALU: Menteri BeliaDanSu­kan,DatukTawfi­q Abu Bakar Titingan yakin Sabah yang turut menyumbang kejayaan sukan negara ini akan menerima agihan saksama dari peruntukan sukan berjumlah RM1 bilion dalam Bajet 2018.

“Setakat ini, KBS (Kementeria­n Belia Dan Sukan) Sabah belum dimaklumka­n jumlah agihan tetapi saya amat yakin Sabah yang turut menyumbang termasuk kejayaan Malaysia muncul juara Sukan Sea 2017 dan tempat kedua Sukan Para Asean 2017 akan mendapat agihan saksama,” katanya.

Sabah menyumbang­kan sembilan pingat emas, dua perak dan enam gangsa pada Sukan Sea manakala sembilan emas, sembilan perak dan 10 gangsa pada Sukan Para Asean.

“KBS Sabah akan terus berkerjasa­ma dengan JBS (Jabatan Belia Dan Sukan) Persekutua­n dan KBS Malaysia memperting­katkan lagi pencapaian sektor sukan di Sabah untuk sama-sama merealisas­ikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia kuasa besar sukan,” kata Tawfiq.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan membentang­kan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tawfiq percaya, pembanguna­n sukan dapat diteruskan dengan berkesan walaupun peruntukan sukan dalam Bajet 2018 kurang berbanding tahun sebelumnya.

“Peruntukan pada 2017 lebih besar kerana Malaysia anjur Sukan Sea dan Sukan Para Asean 2017.

“Apapun peruntukan 2018 lebih besar berbanding hanya sekitar RM900 juta pada 2016. Sebab itu saya percaya pembanguna­n sukan negara ini akan dapat diteruskan dengan berkesan,” katanya.

Pembantu Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Masiung Banah pula menyifatka­n Bajet 2018 itu sebagai hadiah kerajaan kepada penggiat, pendokong, pejuang dan semua peminat sukan tanah air atas kejayaan menjadi juara Sukan Sea dan Sukan Para Asean 2017.

Katanya, program KBS iaitu Fit Malaysia dan Hari Sukan Negara yang turut diberi perhatian dalam peruntukan itu adalah galakan kepada warga Malaysia terus mengamalka­n gaya hidup sihat menerusi sukan.

“Pembinaan 14 kompleks Sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta pula adalah bukti keprihatin­an kerajaan menyediaka­n kemudahan sukan bukan sahaja untuk tujuan riadah tetapi lebih dari itu mengangkat negara sebagai kuasa besar sukan.

“Pengkhusus­an kepada pembanguna­n bola sepak yang turut disentuh pada belanjawan kali ini juga menunjukka­n

MASIUNG

kerajaan memahami harapan rakyat khususnya peminat bola sepak melihat semula kegemilang­an bola sepak negara,” katanya.

Najib mengumumka­n peruntukan RM20 juta kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahann­ya sebagai sekolah sukan premier.

“Bola Sepak adalah ibu kepada segala sukan dan obor pembakar semangat sukan. Bola sepak juga boleh menjadi duta produk pelanconga­n kepada sesebuah negara. Oleh itu, sewajarnya­lah ia mendapat perhatian khusus,” kata Masiung.

Sementara itu, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Terrance Pudin menyifatka­n peruntukan sukan itu sebagai peruntukan progesif dan dinamik.

“Peruntukan itu mampu menjana program pembanguna­n sukan yang berterusan ke arah misi menjadikan Malaysia kuasa besar sukan.

“Kita di Sabah tentunya mengharapk­an agihan peruntukan yang wajar terutamany­a untuk kita melaksanak­an pembanguna­n sukan di peringkat akar umbi,” katanya.

Terrance berharap agihan peruntukan untuk Sabah juga akan membolehka­n pembinaan stadium ragbi yang telah dirancang dapat dilaksanak­an tahun depan.

 ??  ??
 ??  ?? TAWFIQ
TAWFIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia