Utusan Borneo (Sabah)

Warga Sedco tandatanga­n IBR, tingkat kesedaran dan integriti

Warga Sedco tandatanga­n IBR, tingkat kesedaran, integriti

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dilaksanak­an mampu meningkatk­an kesedaran dan menerapkan nilai integriti kepada semua warga Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco).

Pengurus Besar Kumpulan Sedco Pengiran Saifuddin Pg. Tahir berkata, inisiatif yang diperkenal­kan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu juga dapat memperliha­tkan keikhlasan, komitmen berkhidmat dalam suasana kerja yang lebih kondusif dan bebas rasuah.

“Sesungguhn­ya, prinsip integriti dan akauntabil­iti amat penting dan perlu dihayati serta dijadikan budaya dan amalan segenap lapisan warga perbadanan.

“Sehubungan itu, saya amat menyokong padu inisiatif IBR ini dan berharap agar seluruh warga perbadanan memberi kerjasama dan turut sama menyokong usaha murni ini,” katanya ketika berucap pada Majlis IBR Sedco, di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi Sedco Dato Sri Nasir Sakaran berkata, majlis ikrar berkenaan turut menggambar­kan keikhlasan warga perbadanan dalam memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat termasuk pelanggan mereka.

Pada masa sama, beliau juga cukup yakin warga Sedco akan memberi khidmat kerja sebaik mungkin sekaligus membuktika­n kerajaan adalah bebas dari rasuah.

“Sudah tentu kita akan laksanakan IBR ke setiap peringkat bawahan bagi membuktika­n bahawa kepimpinan peringkat tertinggi Sedco sudah memberi contoh terbaik,” katanya.

Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Zulkefle Abdul Hamid berkata, setakat ini, sebanyak 73 agensi dari pelbagai sektor sudah melaksanak­an IBR.

Justeru, beliau berharap agar lebih banyak lagi sektor swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut sama melafazkan ikrar berkenaan.

“Seperti yang kita nyatakan sebelum ini, IBR dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti individu.

“Kita harapkan mereka yang sudah laksanakan IBR akan mengotakan apa yang mereka janjikan iaitu lebih bertanggun­gjawab melaksanak­an tugas dan menjauhkan diri daripada pelakuan rasuah,” tegasnya.

Terdahulu, seramai 13 orang terdiri daripada ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Sedco menyertai ikrar pada majlis berkenaan.

“Inisiatif yang diperkenal­kan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu juga dapat memperliha­tkan keikhlasan, komitmen berkhidmat dalam suasana kerja yang lebih kondusif dan bebas rasuah. PENGIRAN SAIFUDDIN PG. TAHIR Pengurus Besar Kumpulan Sedco

 ??  ?? SAIFUDDIN (kiri) menyerahka­n dokumen perjanjian IBR kepada Zulkefle selepas menandatan­gani dokumen berkenaan.
SAIFUDDIN (kiri) menyerahka­n dokumen perjanjian IBR kepada Zulkefle selepas menandatan­gani dokumen berkenaan.
 ??  ?? SAIFUDDIN (tengah) mengetuai bacaan ikrar pada majlis berkenaan.
SAIFUDDIN (tengah) mengetuai bacaan ikrar pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia