Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa diminta pantau anak

Bagi memastikan tidak terjebak dengan gejala negatif

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Arifin Arif menggesa ibubapa untuk sentiasa memantau anak-anak mereka bagi memastikan tidak terjebak dengan gejala negatif yang mampu merosakkan masa depan.

Jelas Arifin, beliau bimbang sekiranya anakanak muda tidak diberi perhatian sewajarnya maka mereka akan lebih mudah terjerumus dalam kancah penagihan dadah.

Tambah beliau, sekiranya seseorang itu telah terlibat dalam gejala negatif tersebut, sudah tentu ianya akan menyumbang kepada masalah sosial lain serta perbuatan jenayah serius.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurn­akan Majlis Konvokesye­n kali ke-8 Pelajar Sekolah Menengah

“Saya bimbang sekiranya anak-anak muda tidak diberi perhatian sewajarnya maka mereka akan lebih mudah terjerumus dalam kancah penagihan dadah. Sekiranya seseorang itu telah terlibat dalam gejala negatif tersebut, sudah tentu ianya akan menyumbang kepada masalah sosial lain serta perbuatan jenayah serius.

(SM) Saint Patrick, dekat sini pada Jumaat.

Dalam perkembang­an berkaitan, Arifin yang juga AhliDewanU­ndanganNeg­eri (Adun) Membakut turut mendoakanp­elajaryang­bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar dipermudah­kan dalam menjawab soalan itu kelak.

Beliau berharap segala ilmu yang dicurahkan para guru serta pengorbana­n ibubapa sepanjang masa itu akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan cerah.

“Semoga para pelajar dapat memberikan yang terbaik dalam menjawab kertas soalan SPM kelak seterusnya membanggak­an pihak sekolah termasukla­h ibubapa.

“Saya berharap semua pelajar dapat memperoleh keputusan cemerlang itu nanti kerana suatu hari kamu merupakan pelapis yang bakal mewarisi negara dan meneraju Malaysia ke arah yang lebih baik, “katanya.

DATUK ARIFIN ARIF Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

 ??  ?? ARIFIN (duduk empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar yang menerima anugerah sempena majlis itu.
ARIFIN (duduk empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar yang menerima anugerah sempena majlis itu.
 ??  ?? ARIFIN (tiga kiri) memalu gong sebagai gimik perasmian Majlis Konvokesye­n kali ke-8 SM Saint Patrick.
ARIFIN (tiga kiri) memalu gong sebagai gimik perasmian Majlis Konvokesye­n kali ke-8 SM Saint Patrick.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia