Utusan Borneo (Sabah)

Pesara guru kekal dinamik dengan menyertai 5PM

-

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah berkata dengan menyertai Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia (5PM), komitmen keguruan pesara akan tetap kekal dinamik dan bersemarak.

“Walaupun telah bersara anda masih sanggup meluangkan masa menjadi ahli dalam persatuan ini serta memberi komitmen dan perkhidmat­an yang disenangi.

“Malah, anda sebenarnya berupaya membantu kerajaan, khasnya Kementeria­n Pendidikan dalam menangani agenda tertentu berkaitan budaya sosial anak didik, pelajar masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Malam Mesra Bersama Pemimpin dan Persatuan 5PM Cawangan Negeri Sabah, di sini, malam Rabu.

Edward berkata, peranan pesara dapat dilihat dalam pelbagai aktiviti persatuan termasuk aktiviti menyuaraka­n kepada kerajaan soal meningkatk­an elaun persaraan, elaun terbitan serta bantuan kewangan bagi menjana ekonomi guru pesara.

“Saya kagum melihat betapa eratnya perpaduan masyarakat guru yang mampu mengeratka­n silaturahi­m walaupun sudah bersara.

“Budaya kunjung mengunjung­i sentiasa dilakukan antara daerah cawanganma­lahanmener­ima kunjungan daripada Persatuan 5PM cawangan Kulai, Johor malam ini,” katanya.

Tambahnya, sebagai sebuah persatuan yang meliputi seluruh Malaysia, sangat wajar jika cawangan persatuan terus berhubung bagi menerapkan rasa kecintaan kepada persatuan, dan menjadi ejen kerajaan dalam menangani isu-isu semasa demi cinta dan kesetiaan kepada negara.

Turut hadir, Yang Di Pertua Persatuan 5PM Negeri Sabah Datuk Zulkifli Jaafar, Pengerusi 5PM Cawangan Kota Kinabalu Nanih Abah, Pengerusi 5PM Cawangan Papar Datuk Abd Talib Rahim dan Pengerusi 5PM Cawangan Kulai, Johor Datuk Jamali Paiman.

 ??  ?? KETIBAAN Edward disambut oleh ahli Persatuan 5PM.
KETIBAAN Edward disambut oleh ahli Persatuan 5PM.
 ??  ?? PESARA guru bergambar kenangan bersama Edward.
PESARA guru bergambar kenangan bersama Edward.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia