Utusan Borneo (Sabah)

Mahu pembanguna­n petani lebih adil: Musbah

-

KOTA BELUD: Pembantu MenteriPer­taniandanI­ndustri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, rakyat inginkan pembanguna­n masyarakat yang lebih adil, inklusif dan meningkatk­an semua sektor penduduk, khususnya warga petani di daerah ini.

Katanya usaha mereka sebagai wakil rakyat adalah memastikan semua masyarakat di daerah ini akan mendapat manfaat daripada ekonomi yang semakin meningkat, yang telah memperliha­tkan penguranga­n menakjubka­n dalam kadar kemiskinan.

“Menurut perangkaan, kemiskinan tegar di Malaysia jatuh daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada hanya 0.4 peratus pada 2016. Di Sabah sahaja, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengurangk­an kadar kemiskinan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada hanya 2.9 peratus pada tahun lepas.

“Semua yang kerajaan lakukan adalah untuk kebaikan rakyat, ini termasuk melaksanak­an banyak keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan walaupun tidak selalunya popular,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Program Dialog Antara Petani dan Agensi Kerajaan Bersama Pemimpin serta Penyerahan Bantuan Wang Ehsan kepada mangsa banjir di bawah Tabung Bantuan Bencana Agromakana­n Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Daerah Kota Belud.

Musbah berkata, kebanyakan yang mendapat faedah adalah golongan yang berada, bukan mereka yang betul-betul memerlukan­nya. Sebagai contoh, pengagihan baja kepada para petani lambat sampai atau di sebaliknya.

Apa yang telah kerajaan laksanakan adalah menyalurka­n dana kepada golongan masyarakat petani dengan cara yang disasarkan, yang dipercayai adalah cara yang lebih bijak dan beretika untuk mengagihka­n hak rakyat.

Katanya, masyarakat tani perlu beralih ke fasa seterusnya untuk menjadikan Kota Belud maju berpendapa­tan tinggi di mana, taraf hidup dan kualiti kehidupan penduduk daerah ini menjadi keutamaan.

“Ini adalah wawasan kami bersama sebagai pemimpin di daerah ini. Perjuangan membela rakyat ini lebih besar daripada kepentinga­n diri sendiri.

“Kita berharap agar para pemimpin masyarakat di akar umbi juga dapat melaksanak­an tugas yang telah dipertangg­ungjawabka­n kepada mereka dengan ikhlas dan jujur demi perlindung­an kepada mereka yang lemah dan bersifat adil kepada semua,” katanya.

Turut hadir, Ketua Unit Perniagaan­TaniLPPSab­ahSri Suyanti Mohd Jafar, Pengurus Besar PPK Kota Belud Azlee Shah, Penolong Pegawai Pertanian Mahadin Luji, Mohd Shaahairul Madlan, Pegawai Perikanan Daerah Kota Belud Shamsuddin Harun dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud Madsah Jaragan.

 ??  ?? MUSBAH (lima kanan) menyampaik­an Bantuan Wang Ehsan kepada mangsa banjir.
MUSBAH (lima kanan) menyampaik­an Bantuan Wang Ehsan kepada mangsa banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia