Utusan Borneo (Sabah)

Jalinan kerjasama strategik

Memperkuku­h inklusivit­i ke arah kesejahter­aan masyarakat

-

SIPITANG: Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2017 berlangsun­g meriah di Dewan Serbaguna Sipitang.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ayid dalam ucapannya berkata tema Hari Antarabang­sa Sambutan Warga Tua Bangsa Bangsa Bersatu adalah ‘Memperkuku­h Inklusivit­i Ke Arah Kesejahter­aan Masyarakat’.

Katanya, tema itu membawa maksud kerjasama multisekto­ral dan kolaborasi strategik semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, syarikat korporat, badan bukan kerajaan mahu pun individu dalam menyumbang kreativiti, fasiliti, idea, barang keperluan dan sebagainya kepada kumpulan sasar.

“Tema ini dipilih sebagai satu simbol kesepakata­n pelbagai sektor dan lapisan masyarakat dalam memastikan kesejahter­aan kumpulan sasar kementeria­n dan jabatan iaitu warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU).

“Sesungguhn­ya, kesejahter­aan bagi golongan berkenaan adalah amat penting untuk diterapkan ke dalam jiwa setiap lapisan generasi dalam masyarakat,” jelasnya.

Dihadiri lebih 2,000 orang, majlis itu diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Haji Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Dr Hajah Norlidah RM Jasni.

Pada majlis itu juga, Juhar menyampaik­an Anugerah Khas sempena sambutan berkenaan kepada empat orang termasuk satu pasangan.

Mereka adalah pesara kerajaan yang memegang jawatan akhir sebagai Penolong Akauntan Kanan di Jabatan Ketua Menteri, Rosli Mohd Tahir, 67, bersama isteri Mahani Mohd Salleh yang menerima Anugerah Khas Pasangan.

Bekas anggota Tentera Darat, Lukas Pengiran, 78, dari Long Pasia pula diberikan Anugerah Khas Individu Lelaki, manakala bekas guru Rafuah @Rapiah Jaafar, 61, dari Kg Ujung Padang Sipitang meraih Anugerah Khas Individu Perempuan.

Selain itu, 250 warga emas lain juga menerima set mandian serta sehelai tuala yang disampaika­n Norlidah, diiringi Jainab serta ahli jawatankua­sa penganjur.

Hadir sama, Adun Sindumin Datuk Ahmad Bujang, Timbalan Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk sambutan Datuk Anita Baranting dan Pegawai Daerah Matlin Dullah.

Berakhir pada jam 12 tengahari Khamis, majlis yang dibuka dengan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku juga ditutup dengan lagu sama oleh Pancaragam Polis Kontinjen Sabah, sebelum tetamu kehormat beredar meninggalk­an majlis.

Sesungguhn­ya, kesejahter­aan bagi golongan berkenaan adalah amat penting untuk diterapkan ke dalam jiwa setiap lapisan generasi dalam masyarakat DATUK JAINAB AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ?? JAINAB (tujuh dari kanan) dan Juhar (enam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para penerima Anugerah Khas Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri 2017.
JAINAB (tujuh dari kanan) dan Juhar (enam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para penerima Anugerah Khas Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri 2017.
 ??  ?? LUKAS (tiga dari kanan) menerima sijil Anugerah Khas Individu Lelaki yang disampaika­n Juhar.
LUKAS (tiga dari kanan) menerima sijil Anugerah Khas Individu Lelaki yang disampaika­n Juhar.
 ??  ?? RAFIAH (dua dari kanan) yang menerima sijil Anugerah Khas Individu Perempuan daripada Norlidah.
RAFIAH (dua dari kanan) yang menerima sijil Anugerah Khas Individu Perempuan daripada Norlidah.
 ??  ?? ROSLI (empat dari kanan) bersama isteri menerima sijil Anugerah Khas Pasangan yang disampaika­n oleh Juhar.
ROSLI (empat dari kanan) bersama isteri menerima sijil Anugerah Khas Pasangan yang disampaika­n oleh Juhar.
 ??  ?? JUHAR menyentuh bola kristal sebagai gimik perasmian majlis.
JUHAR menyentuh bola kristal sebagai gimik perasmian majlis.
 ??  ?? NORLIDAH (tengah) ketika bercakap dengan salah seorang warga emas yang terharu dengan pemberian penerima set mandian dan tuala.
NORLIDAH (tengah) ketika bercakap dengan salah seorang warga emas yang terharu dengan pemberian penerima set mandian dan tuala.
 ??  ?? JAINAB bersalaman dengan Juhar sejurus tiba.
JAINAB bersalaman dengan Juhar sejurus tiba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia