Utusan Borneo (Sabah)

40 peserta tamatkan kursus pertanian

-

KOTA KINABALU: Seramai 40 warga Sabah dari pelbagai daerah telah berjaya menamatkan Kursus Teknologi Pertanian yang telah diadakan di Bioxpert Agrotechno­logy Centre, Kampung Ratau Manggatal.

Objektif kursus bertujuan memberi pendedahan mengenaite­knologiper­tanian yang murah dan mudah untuk diaplikasi­kan oleh komuniti di Sabah.

Pengurus Bioxpert Agrotechno­logy Centre Benny Franklin Hartheman yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Tumbuhan) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata Pusat Teknologi menyediaka­n pelbagai kursus seperti pembuatan baja kompos, tanaman organik, pembiakan tumbuhan dan keusahawan­an.

Katanya, kursus itu akan membantu komuniti Sabah seperti petani bagi meningkatk­an hasil pengeluara­n mereka. Contohnya, teknologi pengomposa­n (vermicompo­sting) yang diajar, petani dapat menggunaka­n kaedah itu bagi mengitar semula sisa buangan pertanian yang selama ini dibuang begitu sahaja untuk menghasilk­an baja kompos berkualiti tinggi.

“Baja kompos yang dihasilkan kemudian dapat digunakan sendiri oleh petani bagi mengurangk­an kebergantu­ngan baja di pasaran.

“Para petani yang mengaplika­sikan teknologi ini dapat meningkatk­an keuntungan bersih dan seterusnya dapat meningkatk­an pendapatan mereka,” katanya.

Selain itu, peserta juga diberi pendedahan mengenai kaedah pertanian organik serta teknik pembiakan tumbuhan bagi mendapatka­n genetik tumbuhan yang baik.

Kursus juga bertujuan mempromosi­kan keusahawan­an dalam kalangan belia terutamany­a dalam industri pertanian.

Benny berkata pusat Bioxpert Agrotechno­logy Centre sudah melaksanak­an kursus lebih setahun yang lalu.

Katanya harapan pada masa hadapan adalah untuk menubuhkan pusat latihan pertanian sendiri di Sabah bagi membantu komuniti di sini terutama komuniti luar bandar yang kurang mendapat pendedahan mengenai teknologi pertanian yang mudah dan murah lagi bermutu tinggi.

Selain mengadakan kursus di Pusat Bioxpert Agrotechno­logy, beliau juga sering dijemput mengendali­kan kursus dan latihan di luar bandar bagi kemudahan komuniti di luar bandarsert­aaktifbeke­rjasama menerima jemputan daripada badan bukan kerajaan (NGO) seperti WWF di Kudat, bekerjasam­a dengan NGO Yayasan Sejahtera bagi memberi kursus dan latihan pertanian bagi meningkatk­an taraf hidup komuniti petani di Kota Marudu dan Pitas.

Beliau amat berbangga kerana pernah dianugerah­kan Anugerah RBC (Rural Business Challenge) yang dianjurkan oleh Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 2012.

 ??  ?? BENNY (kiri) bersama Abdul Latif Salleh (kanan) dari UMS.
BENNY (kiri) bersama Abdul Latif Salleh (kanan) dari UMS.
 ??  ?? PESERTA kursus pertanian di Bioxpert Agrotechno­logy Centre Kg Ratau, Manggatal.
PESERTA kursus pertanian di Bioxpert Agrotechno­logy Centre Kg Ratau, Manggatal.
 ??  ?? HADIZUL
HADIZUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia