Utusan Borneo (Sabah)

MMP masih relevan diamalkan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTAKINABA­LU:Minggu Mesra Pelanggan (MMP) masih relevan diamalkan dalam Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam usaha meningkatk­an pengurusan perhubunga­n pelanggan.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, MMP itu juga boleh memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan UMS yang semakin meningkat.

“UMS sebagai sebuah universiti awam sangat bergantung kepada hubungan baik dengan pelanggan sama ada pelajar, orang awam, pembekal, agensi luar ataupun pelancong.

“Hubungan baik ini akan menyediaka­n satu persekitar­an yang kondusif serta berdaya maju ke arah mencapai visi dan misi UMS,” katanya ketika merasmikan penutupan MMP 2017 di sini, pada Jumaat.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

Kamarudin berkata, memang diakui UMS tidak dapat memenuhi kehendakke­hendak atau menyelesai­kan permasalah­an pelanggan dalam tempoh hari bekerja.

“Saya berharap dengan pembukaan kaunter bertemu pelanggan oleh beberapa jabatan sepanjang MMP ini akan dapat memberikan ruang dan peluang kepada para pelanggan untuk berurusan dengan lebih mudah.

“Saya juga berbangga kerana hari ini kita akan melancarka­n sebuah buku berjudul ‘Di Ambang Persaraan Kerjaya Dijunjung, Keluarga Ditatang, Agama Disanjung’ hasil tulisan salah seorang kakitangan perpustaka­an kita,” katanya.

Menurutnya, pihak universiti sentiasa membuka ruang kepada kakitangan pentadbira­n dan pengurusan untuk menerbitka­n buku tetapi berdasarka­n kepada dasar penerbitan yang sedia ada.

Beliau turut berharap agar penerbitan buku sedemikian akan memupuk minat penulis yang lebih tinggi dalam kalangan kakitangan bukan akademik UMS.

 ??  ?? ISMAIL (dua kiri) menyampaik­an anugerah penyertaan tertinggi program jom baca kepada salah seorang penerima.
ISMAIL (dua kiri) menyampaik­an anugerah penyertaan tertinggi program jom baca kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia