Utusan Borneo (Sabah)

Suspek ‘Kokain Udara’ kena penjara lima tahun

-

SANTO DOMINGO: Lelaki Perancis Christophe Naudin kelmarin dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kerana membantu dua juruterban­g Perancis yang terlibat dalam kes penyeludup­an dadah “Kokain Udara” terlepas dari hukuman di Republik Dominica.

Naudin, seorang ahli kriminolog­i dan pakar keselamata­n, telah disabitkan dengan konspirasi jenayah dan melanggar undang-undang dadah kerana membantu juruterban­g Pascal Fauret dan Bruno Odos melarikan diri ke Perancis selepas mereka dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun kerana mengedar dadah, berdasarka­n keputusan oleh Hakim Jose Alejandro Vargas.

Keputusan mengesahka­n satu perjanjian antara peguam bela dan Pejabat Pendakwa Raya Umum Dominica di mana Naudin telah bersetuju untuk mengaku bersalah, menjalani hukuman penjara selama lima tahun dan membayar denda kepada negeri Dominica sebanyak $33,000.

Naudin telah diarahkan untuk menjalani hukumannya di penjara Najayo, berhampira­n Santo Domingo, di mana dia ditahan sejak Mac 2016 selepas diekstradi­si dari Mesir.

Juruterban­g Fauret dan Odos, yang mengekalka­n kenyataan tidak bersalah mereka, ditangkap pada Mac 2013 ketika mereka hendak berlepas ke Perancis dengan sebuah jet persendiri­an yang membawa sebanyak 680 kilogram kokain.

Ekoran penangkapa­n mereka, mereka bagaimanap­un berjaya melepaskan diri selepas mereka dibebaskan sementara menunggu satu rayuan – satu tindakan yang menurut pendakwa Dominica telah dibantu oleh Naudin.

Fauret dan Odos telah kembali semula ke Perancis dan berjanji akan membersihk­an nama mereka, namun ditangkap semula pada November 2015 berhampira­n dengan Lyon di Perancis.

Dua rakyat Perancis lagi, Nicolas Pisapia dan Alain Castany, yang merupakan pelanggan ketika kokain ditemui masih lagi berada di Republik Dominica di mana mereka dijatuhkan hukuman dengan rayuan pada 2016 bagi penjara selama 20 tahun.

Perkara itu telah menimbulka­n minat yang mendalam di Perancis, selepas Interpol mengemukak­an waran tangkap bagi Fauret dan Odos, termasuk seorang anggota haluan kanan Parlimen Eropah yang dituduh turut terlibat. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail 17 Mei lalu menunjukka­n Naudin (tengah) diiringi anggota keselamata­n ketika meninggalk­an mahkamah di Santo Domingo.
— Gambar AFP GAMBAR fail 17 Mei lalu menunjukka­n Naudin (tengah) diiringi anggota keselamata­n ketika meninggalk­an mahkamah di Santo Domingo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia