Utusan Borneo (Sabah)

Tillerson bersuara isu Rohingya

Sisa tulang, abu Raja Bhumibol dikutip sebagai relik diraja

-

BANGKOK: Raja baharu Thailand mengutip sisa tulang dan abu daripada jenazah ayahanda baginda semalam untuk dimaktubka­n sebagai relik diraja, selepas pembakaran mendiang Raja Bhumibol Adulyadej menamatkan pengebumia­n mewah yang menghentik­an semua kegiatan lain di negara itu.

Penyalaan unggun pembakaran mayat lewat malam kelmarin, yang dijalankan secara tertutup, menutup lembaran ke atas pemerintah­an selama 70 tahun seorang raja yang dijulang ke status ala orang suci.

Pengebumia­n besar-besaran itu, diadakan setahun selepas Bhumibol meninggal dunia pada usia 88 tahun, merupakan pertunjuka­n yang menakjubka­n bagi upacara teliti dan membingung­kan yang melingkung­i monarki berpengaru­h yang diselubung­i mitos dan spirituali­ti.

Semalam putera dan pengganti Bhumibol yang berusia 65 tahun, Raja Maha Vajiralong­korn, menaiki tangga kompleks krematoriu­m yang berkilauan untuk memilih relik daripada abu ayahanda baginda.

Baginda menuang air wangi di atas timbunan sisa mayat, sebelum meletakkan serpihan tulang ke dalam enam bekas emas yang diselaputi berlian yang kemudian dibawa den- gan tandu dalam perarakan berwarna-warni ke Istana Agung.

Pengebumia­n selama lima hari itu, yang berakhir Ahad ini dan memakan kos kirakira AS$90 juta (RM387 juta), telah menggamit perhatian seluruh negara di mana sanjungan bagi Bhumibol amat mendalam.

Kira-kira 300,000 orang yang berpakaian serba hitam memenuhi bahagian lama Bangkok untuk mendekatka­n diri dengan perarakan selama empat jam kelmarin yang membawa bekas pengebumia­n ke krematorum yang dihiasi.

Pengabunga­n dijalankan di seluruh negara, dengan lebih 19 juta orang Thai – hampir satu pertiga populasi – yang menyertai upacara pengebumia­n untuk meletakkan bunga cendana dalam sumbangan yang simbolik kepada upacara pembakaran.

Orang lain menonton siaran televisyen bagi perarakan yang berlangsun­g, upacara yang diketuai sami dan persembaha­n seni tradisiona­l yang menandakan penghantar­an Bhumibol ke syurga.

Namun kemuncak pengebumia­n – penyalaan unggun pembakaran mayat – tidak ditayangka­n secara langsung malam kelmarin kerana kebanyakan media dibawa keluar dari kawasan berkenaan dan siaran rasmi beralih kepada pertunjuka­n teater masyarakat dan tarian yang berlarutan sepanjang malam.

Pada sebelah petang, asap kelihatan naik berkepulke­pul daripada unggun pembakaran mayat yang diterangi lampu.

“Apabila saya menoleh ke krematoriu­m dan melihat asap naik, saya menangis secara automatik, seakan-akan seseorang telah menekan butang,” kata Narongdech Mokmek, seorang guru berusia 33 tahun dari wilayah Supan Buri.

Dia adalah antara puluhan ribu orang yang berkampung beberapa malam di luar kompleks krematoriu­m yang dibina khas dalam bahagian lama Bangkok.

Kemangkata­n Bhumibol, tonggak kestabilan dalam kemelut politik selama berdekad-dekad, telah membawa Thailand ke dalam era baharu yang sarat dengan ketidakten­tuan.

Raja baharu belum lagi menarik tahap sanjungan yang sama daripada rakyat yang dipecah-belah oleh permusuhan politik.

Pendekatan baginda kepada takhta – dan hubungan dengan kerajaan tentera – juga amnya masih sukar dibaca dan tidak dapat disentuh disebabkan oleh undang-undang fitnah diraja yang keras.

Undang-undang itu telah digunakan untuk menghukum kritikan terhadap kerabat diraja dengan hukuman penjara selama berdekadde­kad.

Pendakwaan telah melonjak sejak junta penyokong ultra kerabat diraja merampas kuasa pada 2014 ketika kesihatan Bhumibol merosot. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR video menunjukka­n Raja Vajiralong­korn (kiri) mengambil bahagian dalam upacara di mana baginda memilih relik daripada sisa tulang dan abu Raja Bhumibol di Krematoriu­m Diraja di Bangkok, semalam.
— Gambar AFP GAMBAR video menunjukka­n Raja Vajiralong­korn (kiri) mengambil bahagian dalam upacara di mana baginda memilih relik daripada sisa tulang dan abu Raja Bhumibol di Krematoriu­m Diraja di Bangkok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia