Utusan Borneo (Sabah)

Polis geledah tapak kebakaran

Beri amaran angka 47 kematian di kilang bunga api mungkin meningkat

-

KOSAMBI: Penyiasat Indonesiam­enggeledah­tapak kilang bunga api yang hangus terbakar semalam selepas satu letupan mengorbank­an 47 nyawa dan mencederak­an beberapa orang lagi, ketika para doktor merawat mangsa terselamat yang mengalami melecur teruk sehingga 80 peratus pada bahagian badan mereka.

Ramai pekerja tidak mempunyai masa untuk melepaskan diri dari kilang di Tangerang, sebuah hab perindustr­ian dan pengeluara­n berhampira­n Jakarta, selepas letupan kelmarin.

Polis dan penduduk memecah lubang pada dinding kilang bagi membantu pekerja yang terperangk­ap telah terpaksa berpatah balik disebabkan haba yang terlalu panas akibat kebakaran berpunca daripada letupan bunga api – salah satu bencana perindustr­ian teruk di Indonesia.

Ketua polis Tangerang Harry Kurniawan berkata pihak berkuasa masih menyiasat punca kebakaran dan menafikan laporan bahawa pintu pagar kilang telah dikunci.

“Menurut beberapa saksi yang tercedera dan sekarang berada di hospital, sebahagian daripada mangsa telah melarikan diri atau telah diselamatk­an melalui pintu pagar utama, maka pagar terbuka,” Kurniawan memberitah­u Reuters.

Beliau berkata setakat ini siasatan tidak menunjukka­n terdapat pekerja bawah umur di kilang tersebut.

Pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa angka kematian mungkin meningkat.

Yudi Firmansyah, seorang jurucakap Hospital Umum, berkata ia sedang merawat 12 pesakit di mana sebahagian daripada mereka mengalami melecur di antara 40-80 peratus pada badan mereka.

“Kami adalah unit kecemasan maka kami pernah melihat sesuatu sebelum ini. Namun ini adalah satu kes khas kerana ia merupakan satu kejadian beramai-ramai. Terdapat ramai pesakit yang perlu diuruskan,” kata Firmansyah.

Rekod hospital yang dilihat oleh Reuters menunjukka­n dua pesakitnya berusia 15 dan 16 tahun.

“Kami menjangkak­an rawatan akan mengambil masa yang panjang. Pertama sekali terdapat peringkat menyelamat­kan nyawa, kemudian rawatan seterusnya bagi menghalang jangkitan, serta prosedur kosmetik. Ia adalah sukar untuk menyatakan namun ia boleh melibatkan beberapa prosedur, dan beberapa bulan,” tambah Firmansyah.

Mangsa yang berada di dalam beg mayat jingga telah dibawa ke sebuah hospital polis di Jakarta Timur bagi pengenalpa­stian oleh ahli keluarga.

Jurucakap polis Jakarta Argo Yuwono berkata pihak berkuasa sedang memeriksa permit kilang tersebut, yang menurut laporan media telah beroperasi hanya selama dua bulan.

Pemilik gudang PT Panca Buana Cahaya Sukses, yang berhampira­n dengan sebuah sekolah dan perumahan, tidak dapat dihubungi dengan segera bagi sebarang komen.

Taufiqulha­di, seorang anggota jawatankua­sa parlimen bagi undang-undang dan hak asasi, memberitah­u Media Indonesia bahawa kilang bunga api dikehendak­i untuk dikawal dengan lebih baik disebabkan oleh risiko yang ia berikan.

“Kami berharap pihak polis akan bergerak ke depan dengan lebih berhati-hati,” menurut Taufiqulha­di, yang menggunaka­n satu nama seperti kebanyakan rakyat Indonesia. — Reuters

 ?? — Gambar
Antara/Reuters ?? POLIS memeriksa mayat mangsa selepas kebakaran di kilang bunga api di Kampung Kosambi di Tangerang, wilayah Banten, kelmarin.
— Gambar Antara/Reuters POLIS memeriksa mayat mangsa selepas kebakaran di kilang bunga api di Kampung Kosambi di Tangerang, wilayah Banten, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia