Utusan Borneo (Sabah)

Bantahan gula ragut dua nyawa

-

ADDIS ABABA: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh semasa satu bantahan mengenai pengangkut­an untuk gula di sebuah pekan terpencil Habsyah, kata jurucakap kerajaan kelmarin.

Seorang penduduk Ambo memberitah­u AFP penunjuk perasaan telah menghalang jalan raya utama di pekan tersebut selepas khabar angin tersebar bahawa beberapa trak melalui kawasan itu telah membawa gula yang berkuranga­n di atas arahan pihak kerajaan.

Ambo berada di tengah-tengah gelombang bantahan antikeraja­an yang bermula pada lewat 2015 dan di-leraikan sementara waktu dengan pelaksanaa­n perintah darurat selama 10 bulan pada Oktober 2016.

Perbalahan dalam kerajaan semakin mendalam di Ambo, sebuah pekan universiti 120 kilometer di barat bandar utama Addis Ababa, dan kepercayaa­n bahawa gula akan ditujukan ke sebuah kawasan yang setia kepada kerajaan menyebabka­n penunjuk pe-rasaan cuba menghalang laluan trak tersebut, menurut seorang penduduk.

Tanpa memberi maklumat lanjut, jurucakap wilayah Oromia, Addisu Arega, memaklumka­n dua orang terkorban dalam pertempura­n selepas bantahan yang bermula pada Rabu lepas.

“Dalam bantahan dan kon-flik di pekan Ambo, dua orang kehilangan nyawa mereka, dan terdapat beberapa kecederaan juga,” Addisu menulis dalam Facebook.

“Negeri wilayah Oromia telah mengecam pendatang haram yang mencetuska­n bantahan dan mengapi-apikan golongan muda-mudi dengan keganasan berhubung dengan pencarian gula.”

Kumpulan etnik terbesar di Habsyah, Oromos mendiami wilayah Oromia dan merupakan barisan utama bagi pergerakan bantahan yang pada mulanya bermula ekoran cadangan kerajaan persekutua­n untuk menambahka­n sempadan ibu negara, yang dikhuatiri oleh pihak Oromos akan menyebabka­n mereka kehilangan tanah mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia