Utusan Borneo (Sabah)

Hup Seng Furniture Showroom adakan promosi, cabutan bertuah untuk pengunjung

-

SIBU: Dengan deposit pembelian RM500 ke atas, pelanggan ekspo perabot Hup Seng Furniture Showroom berpeluang memenangi hadiah menarik cabutan bertuah sepanjang empat hari ekspo.

Pengurusny­a, Teresa Joan Lau berkata, pemenang hadiah pertama bakal membawa pulang set sofa kulit 1+2+3, manakala set meja makan marmar 1+6 menanti pemenang tempat kedua dan set bilik tidur kepada pemenang tempat ketiga.

“Manakala, 15 pelanggan bertuah akan berpeluang merebut hadiah sagu hati pada acara cabutan bertuah 30 Oktober ini jam 8 malam,” jelasnya ketika ditemui pemberita, semalam.

Teresa berkata, Hup Seng Furniture Showroom kini mengadakan ekspo perabot selama empat hari bermula 26 hingga 30 Oktober di tingkat bawah Star Mega Mall.

“Hup Seng Furniture Showroom menawarkan harga promosi untuk set sofa kulit, set meja makan marmar dan set lengkap bilik tidur.

“Bagi pembelian set bilik tidur dengan harga promosi RM4,390 ke atas, pelanggan akan membawa pulang tiga hadiah percuma iaitu tilam spring 11 inci dan bantal,” ujarnya.

Teresa berkata, Hup Seng Furniture Showroom turut menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an dan pemasangan selepas pembelian kepada para pelanggan secara percuma.

Ibu Pejabat Hup Seng Furniture Showroom terletak di alamat No.25/27 Lorong Sg Merah 2C, Sibu turut mempunyai cawangan di Miri dan Kuching.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke ekspo Hup Seng Furniture Showroon di Star Mega Mall.
ORANG ramai jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke ekspo Hup Seng Furniture Showroon di Star Mega Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia