Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.0-5.5% pada 2018

-

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka terus mengekalka­n momentum pertumbuha­n kukuh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar diunjur berkembang di antara 5.0 peratus dan 5.5 peratus pada 2018, dipacu permintaan domestik yang berdaya tahan dalam persekitar­an sektor luaran menggalakk­an.

Menurut Laporan Ekonomi 2017/18 yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Kewangan, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita diunjur meningkat 5.1 peratus kepada RM42,777 berbanding RM40,713 pada 2017 sebelumnya, seiring dengan perkembang­an ekonomi yang pesat.

Meskipun momentum pertumbuha­n kekal kukuh, Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran luar termasuk peningkata­n dasar perlindung­an, ketidakten­tuan dasar negara maju dan pasaran.

“Bagaimanap­un, pembaharua­n struktur yang dilaksanak­an sejak beberapa tahun bagi mempelbaga­ikan ekonomi dan mengukuhka­n sistem kewangan telah menyediaka­n penampan bagi menangani cabaran luar tersebut,” kata laporan itu.

Inflasi kekal terkawal antara 2.5 peratus dan 3.5 peratus dengan ekonomi mencapai guna tenaga penuh.

Selain itu, perbelanja­an isi rumah kekal sebagai sumber pertumbuha­n utama yang mendapat manfaat daripada pendapatan lebih stabil berikutan persekitar­an guna tenaga serta harga komoditi yang kukuh.

Selain itu, pelaburan swasta dijangka terus berdaya tahan dan berkembang 8.9 peratus dan menyumbang 18.1 peratus kepada KDNK, kebanyakan­nya didorong oleh perbelanja­an modal dalam sektor perkhidmat­an dan pembuatan.

Perbelanja­an sektor swasta dijangka terus memacu pertumbuha­n manakala sektor awam akan meneruskan langkah konsolidas­i fiskal, kata laporan itu.

Sektor luaran pula dijangka kekal kukuh disokong oleh permintaan berterusan daripada rakan dagangan utama.

“Perbelanja­an sektor awam diunjur menguncup 0.4 peratus berikutan pelaburan awam yang merosot 3.1 peratus terutamany­a disebabkan oleh perbelanja­an modal syarikat awam yang lebih rendah,” kata laporan itu.

Dari sudut penawaran, pertumbuha­n ekonomi dijangka menyeluruh dengan semua sektor mencatat pertumbuha­n positif.

Eksport kasar dijangka berkembang 3.4 peratus kepada RM948.7 bilion pada 2018 berbanding RM917.5 bilion, disokong oleh permintaan berterusan produk elektrikal dan elektronik dan komoditi.

Sementara itu, import kasar diunjur meningkat 3.5 peratus kepada RM851.7 bilion yang mencermink­an aktiviti pelaburan yang menggalakk­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia