Utusan Borneo (Sabah)

Bersama DJ Era Sabah

Pengalaman berharga bersama Era fm Sabah

-

OKTOBER ini merupakan bulan ketujuh saya bertugas di Era Fm Sabah sebagai penyampai Pagi Era Sabah.

Bertugas bersama trio Jayjay dan Lopz merupakan satu pengalaman baharu yang sangat luar biasa bagi saya, ini kerana mereka berdua mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang penyampaia­n radio.

Sepanjang masa bertugas, saya turut mempelajar­i banyak teknik-teknik penyampaia­n yang betul daripada mereka berdua. Perbezaan kemahiran masingmasi­ng membuatkan saya belajar banyak perkara baharu, sekaligus membantu saya mempertaja­mkan lagi skil dalam bidang penyampaia­n radio.

Sebelum menceburi bidang penyampaia­n radio, saya tidak mempunyai apa-apa pengalaman mengenai industri ini, pengalaman bertugas di Era Fm Sabah telah membuka minda saya dengan lebih mendalam lagi mengenai industri radio yang memang ternyata sangat luas dan banyak ilmu baharu yang boleh diterokai.

Bertugas di Pagi Era Sabah merupakan satu cabaran terbesar dalam hidup saya, kerana saya bersama dengan dua lagi rakan saya Jayjay dan Lopz menggalas tanggungja­wab untuk menghiburk­an pendengar, namun ianya merupakan satu keseronoka­n untuk setiap permulaan hari saya kerana dapat menghiburk­an orang ramai.

Sepanjang bertugas bersama duo mantap yang sebelum ini ditugaskan untuk menghiburk­an pendengar pada waktu petang Jayjay dan Lopz, saya merasa sangat berbangga dapat digandingk­an bersama mereka berdua kerana, bukan mudah untuk bekerja bersama insaninsan hebat seperti mereka.

Pada masa yang sama, saya merasa sangat bersyukur kerana keputusan untuk kaji selidik maklum balas pendengar bagi tahun ini sangat memberangs­angkan.

Apa yang paling membanggak­an Pagi Era Sabah

telah menjadi rancangan pagi nombor satu di Sabah. Ini adalah disebabkan kerja keras semua yang terlibat dalam memajukan lagi radio Era Fm Sabah.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang banyak membantu saya sepanjang saya berkerja di Era Fm Sabah sampailah ke hari ini, tidak jemu berkongsi ilmu bersama untuk memperbaik­i kelemahan saya dalam bidang penyampaia­n radio sekaligus kemahiran saya dalam bidang industri hiburan.

Terima kasih juga kepada pendengar yang memilih Pagi Era Sabah sebagai rancangan nombor satu di Sabah. Terus setia mendengar Era Fm Sabah di frekuensi 102.4fm (Kota Kinabalu) dan 103fm (Sandakan).

 ??  ?? ADNAN bersama rakan penyampai Pagi Era Sabah, Lopz dan Jayjay.
ADNAN bersama rakan penyampai Pagi Era Sabah, Lopz dan Jayjay.
 ??  ?? KOTA KINABALU 102.4 FM SANDAKAN 103.0 FM
KOTA KINABALU 102.4 FM SANDAKAN 103.0 FM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia