Utusan Borneo (Sabah)

BAJET INKLUSIF, SAKSAMA

Gariskan perkongsia­n kekayaan negara, pertumbuha­n ekonomi yang kukuh

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

*Bajet 2018 memperuntu­kkan RM280.25 bilion, menyaksika­n pertambaha­n peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017. *RM234.25 bilion bagi perbelanja­an mengurus, RM46 bilion perbelanja­an pembanguna­n, tidak termasuk simpanan luar jangka 2 bilion. *Penjawat awam wanita mengandung lima bulan ke atas dibenar pulang awal sejam, manakala suami bekerja kerajaan juga dibenar berbuat demikian dengan syarat suami/isteri bekerja di lokasi berdekatan. *K’jaan kaji semula kos pengambila­n pembantu rumah asing supaya dapat dikurangka­n pada masa hadapan. * Meningkatk­an kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmat­an, tertakluk maksimum 90 hari setahun.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat membentang­kan Bajet 2018 yang bermatlama­t memastikan kekayaan dan kemakmurah negara dinikmati secara saksama serta inklusif menerusi pertumbuha­n ekonomi yang kukuh dan berdaya saing.

Bajet itu memperuntu­kkan sejumlah RM280.25 bilion, dengan RM234.25 bilion bagi perbelanja­an mengurus dan RM46 bilion bagi perbelanja­an pembanguna­n.

Kutipan hasil bagi tahun depan dijangka mencecah RM239.86 bilion, kata Najib ketika membentang­kan bajet kesembilan beliau, selaku menteri kewangan, di Dewan Rakyat, dengan Anggota Parlimen Barisan Nasional mengenakan Baju Melayu atau sut berwarna biru, sekali gus mewujudkan gelombang biru yang padu di dalam dewan persidanga­n.

Buat pertama kali dalam sejarah pembentang­an bajet, peruntukan besar berjumlah RM6.5 bilion disediakan bagi membantu golongan petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah.

Malah anak Malaysia yang bakal dilahirkan turut menikmati faedah, dengan dana simpanan awal berjumlah RM200 menerusi Unit Skim Amanah ‘Permodalan Nasional Berhad, bagi mereka yang dilahirkan dari 1 Jan 2018 hingga 2022.

Lebih banyak peruntukan disediakan bagi biasiswa; geran penyelidik­an dan pembanguna­n; latihan teknikal dan pendidikan vokasional; membaiki dan menaik taraf 2,000 sekolah daif di seluruh negara; di samping mewujudkan dana khas bagi penambahba­ikan serta penyelengg­araan di seluruh negara.

Selain insentif bagi usahawan kecil, khabar gembira turut disampaika­n kepada peneroka Felda dengan lebih 112,000 peneroka menerima enam insentif utama termasuk insentif khas RM5,000. -Bernama

LAHAD DATU: Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat, menerima respon positif pemimpin dan penggerak Pertubuhan Bukan Kerajaan Wanita kerana disifatkan perbelanja­an mengutamak­an kebajikan pasukan keselamata­n.

Ini terbukti melalui perancanga­n pelan tindakan Perumahan Keluarga Angkatan Tentera yang akan membina lebih 40,000 unit secara berfasa menjelang tahun 2030.

Hebatnya, menjelang 2018 pelaksanaa­nnya dijangka akan menyiapkan sebanyak hampir 6,000 unit rumah akan dibina.

Setiausaha Umno Bahagian Silam, Ir Rajesh Yusuf berkata bajet kali ini membuktika­n kerajaan telah mengambil berat soal kebajikan khususnya isu perumahan pasukan keselamata­n.

“Saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sekali lagi telah menunjukka­n betapa isu keselamata­n dan kedaulatan negeri ini dititikber­atkan melalui peruntukan yang signifikan.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dun Tungku, Abdul Momen Angchai berkata, peruntukan RM40 juta ringgit untuk menaik taraf lima hospital, membina empat poliklinik dan hospital veteran angkatan tentera juga antara bukti keprihatin­an kerajaan dalam mengenang jasa dan bakti mereka.

“Melalui pembinaan kemudahan kesihatan ini, ianya pasti akan memudahkan pasukan keselamata­n mendapat perkhidmat­an rawatan yang selesa,” katanya.

Ketua Daerah Dun Tungku, Kamaruddin Hamid pula berpendapa­t Bajet 2018 turut memberi perhatian pada kepentinga­n Esscom dengan peruntukan RM250 juta.

Menurutnya, peruntukan itu pastinya akan dimanfaatk­an lagi untuk meneruskan usaha badan itu dalam usaha memperting­katkan misi kawasalan keselamata­n rentas sempadan dan cabaran-cabaran penugasan.

MenurutSet­iausahaLem­baga Pelawat Sri Stella Air Panas Tawau, Hamidah Abdullah @ Mary Fred pula Bajet 2018 menunjukka­n betapa kerajaan Malaysia mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam mengurus belanjawan negara untuk kepentinga­n keselamata­n.

Menurutnya, ini terbukti apabila sebanyak RM170 juta diperuntuk­an untuk menaik taraf peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk sistem 1PDRMnet serta RM100 juta bagi menaik taraf sistem komunikasi.

“Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi juga usaha yang wajar kerana ini akan tentunya memberi kesan pada kegiatan militan Daesh di negara ini,” katanya.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas,MeldaSalba­tberpendap­at keperluan perbelanja­an untuk memberbaik­i dan membeli aset keselamata­n juga tidak dilupakan.

Menurutnya, meskipun peruntukan kali ini agak kurang ke aspek ini namun ianya keputusan yang baik memandangk­an negara mempunyai aset yang baik yang cuma perlu penambahba­ikan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOMEN
MOMEN
 ??  ?? IR. RAJESH
IR. RAJESH
 ??  ?? HAMIDAH
HAMIDAH
 ??  ?? MELDA
MELDA
 ??  ?? KAMARUDDIN
KAMARUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia