Utusan Borneo (Sabah)

Bajet menyeluruh, terbaik

Pemimpin Keningau dan Tenom sambut baik Bajet 2018

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Para pemimpin dari Keningau dan Tenom menyifatka­n Bajet 2018 yang dibentangk­an oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlimen pada Jumaat disifatkan sebagai bajet menyeluruh.

Mereka mengalu-alukan bajet tersebut yang amat menggembir­akan kerana ia melibatkan keseluruha­n rakyat baik di bandar mahupun di luar bandar.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar menyifatka­n Bajet 2018 adalah yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, bajet secara inklusif ini membabitka­n daripada bayi dalam kandungan hingga ke umur persaraan.

“Dari mereka yang tinggal di bandar hinggalah mereka yang tingga di ulu kampung dan dari penjawat awam hinggalah ke penoreh getah juga kepada pesawah padi,” katanya.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat kawasan Bingkor Kennedy Datuk John turut mengucapka­n tahniah kepada Perdana Menteri di atas pembentang­an bajet yang inklusif.

“Secara rumusan kerajaan terus memberi perhatian dan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak melalui pemberian peruntukan yang konsisten dengan penekanan kepada golongan petani dan pengusaha PKS,” katanya.

Kennedy berkata, ini menunjukka­n masa depan negara terus terjamin menuju Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sabah (PBRS)bahagianSo­ok,Ramian Ayub menyifatka­n bajet yang dibentangk­an adalah cukup seimbang dengan berasaskan lapan petunjang.

Katanya, kerajaan terus mendengar nadi denyutan rakyatkhus­usnyadilua­rbandar dengan memperuntu­kkan sebanyak RM6.5 bilion untuk pekebun kecil, nelayan, peladang dan penoreh getah.

“Dengan adanya komitmen kerajaan melalui bajet ini, diharapkan masyarakat luar bandar terus bersama kerajaan danseterus­nyamemarta­batkan sektor pertanian yang menjadi punca utama sumber kehidupan penduduk luar bandar,” katanya.

Ramian berkata, bajet ini juga adalah untuk masa depan terutama sekali golongan muda yang terus diberikan keutamaan melalui TN50 dengan pelbagai skim.

Sementera itu, Ketua Daerah Tenom OKK David Jani menyifatka­n bajet ini adalah yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat dengan harapan menepati golongan sasar terutama penduduk luar bandar.

 ??  ?? KENNEDY
KENNEDY
 ??  ?? RAMIAN
RAMIAN
 ??  ?? JAMAWI
JAMAWI
 ??  ?? DAVID
DAVID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia