Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki parah dipukul sekumpulan remaja

-

BUTTERWORT­H: Seorang lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan remaja lelaki bersenjata­kan batang kayu dan besi di sebuah restoran di Raja Uda, di sini Rabu lepas (25 Okt).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian 1.45 pagi itu, mangsa berusia 45 tahun mengalami kecederaan pada kepala dan badan selepas diserang lebih 10 remaja lelaki ketika sedang minum di restoran itu.

“Mangsa mendakwa tidak mengenali mereka yang menyerangn­ya dan selepas dipukul dia sempat menghubung­i ibunya memaklumka­n kejadian itu sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya,” katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun di Mak Mandin, kira-kira 12.30 tengah malam tadi dan memburu dua rakannya yang telah dikenal pasti identiti mereka.

“Remaja itu mengaku terlibat dalam kejadian itu dan polis sedang kenal pasti tujuh lagi suspek yang turut terlibat dalam pergaduhan itu. Dia direman tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Noorzainy berkata polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun selepas menerima laporan dia sering membuang bungkusan berisi najis dan air kencingnya ke kawasan parkir kereta penduduk Jalan Tunku Putra, Telok Air Tawar, di sini pada Khamis.

Beliau berkata lelaki itu ditahan kira-kira 3.40 petang semalam selepas menerima beberapa laporan polis daripada penduduk di situ yang sudah tidak tahan apabila kawasan parkir di rumah mereka sering dibaling dengan najis dan air kencing sehingga terkena pada kereta.

Selain itu, beliau meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kenderaan dipandu melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterwort­h pada 3.30 pagi Jumaat, tampil bagi membantu siasatan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia