Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak tangkapan, rampasan tahun depan

-

KUCHING: Lebih banyak tangkapan dan rampasan dijangka dapat dilakukan tahun depan, sebaik sahaja penubuhan baharu Bahagian Risikan dan Siasatan Khas, Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) mula beroperasi.

Pengarah KDNKA Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata bahagian tersebut akan turut membabitka­n unit-unit elit dalam jabatan seperti Komando 69 dan Unit Bertindak Khas yang akan digunakan untuk menumpaska­n sindiketsi­ndiket besar.

Tambah beliau, ia juga bagi memastikan pasukanpas­ukan sedia ada dalam jabatandig­unakansepe­nuhnya bagi tugas-tugas kepolisan dalam pembantera­san jenayah seperti penyeludup­an haram barangan atau manusia terutama di sempadan dan perairan negara.

“Kami jangka dengan adanya penubuhan baharu Bahagian Risikan dan Siasatan Khas ini, kita akan dapat melipatgan­dakan lagi jumlah tangkapan dan rampasan termasuk yang dilaksanak­an oleh Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am (PGA),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas PGA dan Marin di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching, Jalan Penrissen dekat sini, pada Khamis.

Menurut Zulkifli, dalam tempoh dua tahun ini, Polis Marin dan PGA telah merekodkan rampasan dan tangkapan yang tinggi menerusi sempadan dan perairan di seluruh negara.

Katanya pada 2016, PGA telah melakukan rampasan pelbagai barangan haram yang dibawa masuk dari sempadan negara seperti rokok dan dadah yang bernilai hampir RM13.5 juta, termasuk tangkapan ke atas pendatang asing.

Manakala bagi polis Marin, beliau berkata setakat September tahun ini, sebanyak 3,443 tangkapan telah dilakukan di perairan negara yang bernilai RM58 juta dan tahun lepas, nilai rampasan yang direkodkan adalah RM69.5 juta.

Dalam pada itu, Zulkifli turut menegaskan bahawa jabatan akan terus memastikan anggota PGA dilengkapi kemahiran tinggi di mana selain terlibat dalam peperangan, mereka juga akan membantu dalam pencegahan dan pembantera­san jenayah selain menjaga ketenteram­an awam.

Sementarai­tu,beliauberk­ata jabatan telah merancang menggunaka­n Pulapol Kuching untuk menjalanka­n Kursus Asas Polis Marin bagi menggantik­an Pusat Latihan Marin (Pulamar) Johor Bahru.

“Kami sekarang masih melihat kesesuaian Pulapol Kuching, sama ada dapat menjalanka­n kursus asas marin kerana sekarang ia dijalankan di Pulamar Johor Bahru yang tempatnya sudah kurang sesuai disebabkan pembanguna­n,” katanya.

 ??  ?? ZULKIFLI menyampaik­an anugerah kepada pelatih terbaik PGA pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas PGA dan Marin di Pulapol Kuching, Jalan Penrissen dekat Kuching.
ZULKIFLI menyampaik­an anugerah kepada pelatih terbaik PGA pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas PGA dan Marin di Pulapol Kuching, Jalan Penrissen dekat Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia