Utusan Borneo (Sabah)

Adam kedua terpantas dalam Sesi Latihan Bebas Pertama

-

SEPANG: Penunggang Moto3 Malaysia Adam Norrodin mencatatka­n masa kedua terpantas dalam Sesi Latihan Bebas Pertama pada Kejohanan Motosikal Grand Prix Shell Malaysia (MotoGP) 2017 di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) di sini pada Jumaat.

Anak kelahiran Parit Raja berusia 19 tahun yang mewakili SIC Racing Team itu merekodkan dua minit 13.409 saat, di belakang juara dunia Joan Mir daripada Leopard Racing yang mencatatka­n masa 2:13.129s, sementara rakan sepasukann­ya Livio Loi menduduki tempat ketiga dengan 2:13.437s, pada sesi yang dijalankan pagi ini.

Penunggang wildcard Kasma Daniel Kasmayudin yang mewakili Petronas Sprinta Racing menduduki tempat ke-29 dengan catatan masa 2:16.430s.

Sementara itu, bagi kategori MotoGP, pelumba Itali Andrea Dovizioso daripada Ducati yang ketinggala­n 33 mata keseluruha­n di belakang pendahulu dari Sepanyol, Mar Marquez mencatatka­n masa terpantas dengan 2:00.671s.

Penunggang pasukan Honda Repsol Marquez, yang mendahului senarai pelumba kelas premium dengan 269 mata, menduduki tempat kelima terpantas dengan 2:00.950s.

Sementara itu, menerusi Moto2, penunggang Red Bull KTM Ajo Miguel Oliveira merupakan pelumba terpantas dengan catatan masa 2:06.856s, diikuti Franco Morbidelli daripada EG 0,0 Marc VDS (2:06.929s) dan Thomas Luthi daripada CarXpert Interwette­n (2:06.950s).

Penunggang tempatan, Hafizh Syahrin daripada Petronas Raceline Malaysia menduduki tempat ke-12 dengan catatan masa 2:07.970s, manakala Khairul Idham Pawi daripada Pasukan Idemitsu Honda Team Asia mencatatka­n masa 2:09.485s untuk tempat ke-27 daripada 29 pelumba. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia