Utusan Borneo (Sabah)

Shell Grand Prix Motosikal Malaysia 2017

Perlumbaan Shell Grand Prix Motosikal Malaysia 2017

-

“Saya gembira dengan keputusan hari ini, tapi tugas saya belum habis lagi. Saya perlu berikan tumpuan yang lebih untuk esok dan Ahad untuk keputusan yang lebih baik. ADAM NORRODIN Pelumba Moto3 negara

SEPANG: Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin bermula cemerlang dengan berada pada kedudukan kedua terpantas selepas menamatkan dua sesi latihan bebas pada perlumbaan Shell Grand Prix Motosikal Malaysia 2017 di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) pada Jumaat.

Namun, pelumba berusia 19 tahun itu menegaskan bahawa tugas beliau masih belum selesai sehinggala­h hari perlumbaan sebenar pada Ahad ini.

“Ini baru hari pertama dan esok serta hari perlumbaan sebenar adalah lebih penting.

“Saya gembira dengan keputusan hari ini, tapi tugas saya belum habis lagi. Saya perlu berikan tumpuan yang lebih untuk esok dan Ahad untuk keputusan yang lebih baik,” katanya.

Pada sesi latihan bebas pertama pagi ini, Adam yang mewakili SIC Racing menduduki tangga kedua selepas merekod masa terbaik 2 minit 13.409 saat, di belakang juara dunia Joan Mir dari Leopard Racing yang mencatat 2:13.129s.

Pada sesi latihan kedua dalam keadaan litar basah, pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor itu mecatat masa 2:29.655s untuk kedudukan keenam

manakala pelumba Sepanyol, Aron Canet dari pasukan Estrella Galicia 0,0 mencatat masa terpantas dengan 2:28.807s.

Dalam pada itu, Adam berharap keadaan cuaca lebih baik pada sesi latihan bebas ketiga dan pusingan kelayakan esok kerana lebih selesa berlumba dalam keadaan litar kering.

Bagaimanap­un, beliau tetap bersedia sekiranya perlu mengharung­i perlumbaan dalam cuaca hujan serta keadaan litar basah.

“Pada litar kering saya agak pantas sebab saya yakin banyak lagi yang saya boleh lakukan jika dalam keadaan kering. Saya harap cuaca akan lebih baik esok dan akan lakukan yang terbaik hujung minggu

ini. “Apa yang perlu adalah untuk melakukan perubahan dari segi sistem brek jika perlu berlumba di litar basah dan perubahan pada tayar belakang untuk litar kering,” katanya. Adam kini menduduki tempat ke-17 dengan mengumpul 37 mata selepas mengharung­i 16 pusingan perlumbaan.

Pada pusingan ke-16 di Philip Island, Australia, Adam mempamerka­n aksi memberangs­angkan selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, di belakang rakan sepasukan Ayumu Sasaki. Bernama

 ??  ??
 ??  ?? AKSI pelumba Movista Yamaha MotoGP Valentino Rossi ketika mengambil selekoh pada sesi latihan bebas pertama MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabang­sa Sepang. -Gambar Bernama
AKSI pelumba Movista Yamaha MotoGP Valentino Rossi ketika mengambil selekoh pada sesi latihan bebas pertama MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabang­sa Sepang. -Gambar Bernama
 ??  ?? AKSI Pelumba Pasukan Repsol Honda Marc Marquez (depan) pada sesi latihan bebas kedua MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabang­sa Sepang pada Jumaat. -Gambar Bernama
AKSI Pelumba Pasukan Repsol Honda Marc Marquez (depan) pada sesi latihan bebas kedua MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabang­sa Sepang pada Jumaat. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia