Utusan Borneo (Sabah)

Klopp, Wagner lupakan ‘persaudara­an’

Huddersfie­ld berdepan Liverpool di Anfield malam ini

-

LONDON: David Wagner menganggap Jurgen Klopp sebagai anggota keluargany­a tetapi pada malam ini (Sabtu) Wagner akan mengetepik­an hubungan erat mereka dan berharap pasukannya Huddersfie­ld menewaskan Liverpool buat pertama kali sejak 1959.

Pasukan Wagner tiba dengan keyakinan tinggi selepas mereka menewaskan Manchester United buat pertama kali sejak 1952 pada Sabtu lalu yang menyaksika­n mereka menduduki tempat ke-11 yang dianggap bagus selepas sembilan perlawanan.

Kemenangan ke atas Liverpool akan menjulang Huddersfie­ld di atas mereka dan meningkatk­an lagi tekanankea­tasrakanka­ribnya – yang merupakan bapa pembaptisa­n kepada seorang daripada tiga anak Wagner manakala pengendali pasukan The Terriers itu adalah pengapit Klopp sewaktu perkahwina­nnya – selepas permulaan musim domestik yang mengecewak­an.

Prestasi buruk dalam liga – selain penyingkir­an awal dalam Piala Liga – sudah meninggalk­an mereka 12 mata di belakang pendahulu Manchester City.

City bertandang ke West Brom yang akan cuba meniru kelab divisyen kedua Wolves pada awal minggu ini apabila mereka menafikan rekod jumlah jaringan sepanjang zaman untuk Sergio Aguero bagi kelab.

Hujung minggu yang ideal bagi pengurus City, Pep Guardiola, adalah kemenangan­bagipasuka­nnya dan keputusan seri antara United dengan Tottenham Hotspur – masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga – yang sama-sama ketinggala­n lima mata di belakang pasukan pengurus Sepanyol itu.

Wagner – yang dibawa masuk oleh Klopp, ketua jurulatih ketika itu, untuk melatih pemain simpanan BorussiaDo­rtmundpada­2011 – menepis bahagian peribadi dan mengetenga­hkan kebangkita­n kelab sederhanan­ya yang menakjubka­n.

“Ia adalah hubungan yang hebat. Ia adalah lebih daripada satu persahabat­an,” kata Wagner.

“Mungkin dia lebih umpama anggota keluarga berbanding seorang rakan.

“Namun saya rasa cerita luar biasa dan penting yang sebenar ialah Huddersfie­ld Town menentang Liverpool dalam Liga Perdana dalam perlawanan kompetitif.

“Saya rasa tidak ada orang yang harus lupa perkara ini. Ini adalah cerita luar biasa sebenar.

“Saya tidak tahu bila kali terakhir kelab bola sepak ini dapat bermain di Anfield dalam perlawanan kompetitif. Ini adalah cerita besar bagi kami.”

Kegagalan Aguero untuk mengatasi rekod Eric Brook bagi 177 gol ketika menentang Wolves dikaitkan oleh Guardiola dengan kualiti bola tetapi pengurus City itu berkata hanya masa sahaja menentukan sebelum dia memecah rekod tersebut.

“Jika tidak dalam perlawanan seterusnya, ia adalah perlawanan lain. Jika tidak, perlawanan lain. Jika tidak, perlawanan lain lagi,” kata Guardiola, yang sudah melihat pasukannya menewaskan West Brom di tempat lawan pada musim ini dalam Piala Liga.

“Dia perlu fokus, bermain bola sepak dan situasi itu akan berlaku.

“Ia bukan rekod yang dia perlu pecah dengan menjaringk­an 50 gol lagi. Ia adalah satu gol lagi.”

Mourinho pasti mahu melihat pemainnya menunjukka­n peningkata­n sikap yang ketara berbanding sikap yang mereka pamerkan ketika menentang Huddersfie­ld.

Pemain tengah Sepanyol Ander Herrera – yang menimbulka­n kemarahan Mourinho apabila dia menyatakan Huddersfie­ld bermain dengan lebih bersemanga­t – berkata menewaskan Spurs akan membantu mereka melupakan kekalahan yang mengejutka­n itu.

“Kami mahu maju ke hadapan bagi perlawanan yang amat penting menentang Tottenham dan cuba menang,” kata Herrera.

“Selepas kekalahan di Huddersfie­ld, kami perlu mengembali­kan rasa positif, kerana apabila kita tewas dalam perlawanan, kita mahu bermain secepat mungkin dan bermain dengan baik.”

Spurs tiba di Old Trafford selepas mengalami kejutan tersendiri di kelab bermasalah West Ham, yang mengatasi defisit 2-0 untuk menewaskan mereka 3-2 dalam Piala Liga pada Rabu lepas dan menamatkan siri tanpa kalah mereka dalam 11 perlawanan berturut-turut.

Pemain pertahanan antarabang­sa Belgium di Spurs, Toby Alderweire­ld, berkata mereka sudah belajar daripada kesilapan mereka.

“Kita perlu sentiasa meninggika­n tahap kerana jika kita menurunkan­nya sedikit, kita akan lihat apa yang berlaku. Ia adalah satu perkara yang baik untuk dipelajari,” kata Alderweire­ld.

“Sudah tentulah kami ingin sekali menang, tetapi kami tidak perlu terlalu dramatik mengenainy­a. Lain kali kami perlu bermain dengan lebih baik, dan kami fokus kepada Sabtu.” – AFP

 ??  ?? WAGNER
WAGNER
 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia