Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 93 pelajar Pra-U SMK Lohan terima anugerah

Seramai 93 pelajar Pra-U SMK Lohan terima anugerah

-

Saya mengajak para ibu bapa supaya mengutamak­an pendidikan anak-anak menerusi kerjasama dengan guru-guru dalam menjayakan apa juga program yang dianjurkan di peringkat sekolah.

ALIYU ZININ Naib Ketua Pemuda Upko Ranau

SERAMAI 93 pelajar Tingkatan Enam Pra Univeriti (PraU) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lohan, Ranau menerima anugerah sempena Majlis Apriasiasi dan Dialog Prestasi Penggal Ketiga di dewan sekolah itu barubaru ini.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Upko Ranau merangkap Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Lohan Aliyu Zinin.

Turut hadir Pengetua SMK Lohan Haji Moin Ahmad bersama Guru-guru Penolong Kanan sekolah dan ibu bapa.

Aliyu dalam ucapannya memuji kepimpinan sekolah kerana berjaya menganjurk­an program itu dengan lancar setiap tahun berdasarka­n keputusan prestasi pembelajar­an pelajar sepanjang penggal persekolah­an.

Beliau meminta pelajar supaya menjadikan anugerah itu sebagai motivasi serta pendorong untuk terus berusaha gigih mencapai kecemerlan­gan dalam bidang kurikulum dan kokorikulu­m serta menjadi sahsiah diri yang unggul.

Menurutnya, pelajar hari ini merupakan aset keluarga dan masyarakat malah menjadi pemimpin pelapis masa depan negara.

“Saya mengajak para ibu bapa supaya mengutamak­an pendidikan anak-anak menerusi kerjasama dengan guru-guru dalam menjayakan apa juga program yang dianjurkan di peringkat sekolah.

“Marilah kita pertingkat­kan kerjasama padu dan berganding bahu dengan pihak sekolah menuju kecemerlan­gan anak-anak khususnya

dalam bidang akademik demi masa depan mereka,” katanya.

Katanya, hanya pendidikan yang cemerlang akan menjamin serta merubah corak kehidupan masa depan individu.

Turut berucap mewakili sekolah dan guru-guru Tingkatan Enam ialah Penolong Kanan Tjuman Salamat.

 ??  ??
 ?? -Oleh SHAMRY M SANI ?? RASMI: Pasaraya Century yang keenam bagi daerah Tawau dan Semporna telah dibuka pada Jumaat kepada orang ramai.
Pengurus Besar Century Chew Wee Chek, pasaraya baru yang terletak di Jalan Stephen Tan, Tawau berkenaan menampilka­n rekabentuk dan imej...
-Oleh SHAMRY M SANI RASMI: Pasaraya Century yang keenam bagi daerah Tawau dan Semporna telah dibuka pada Jumaat kepada orang ramai. Pengurus Besar Century Chew Wee Chek, pasaraya baru yang terletak di Jalan Stephen Tan, Tawau berkenaan menampilka­n rekabentuk dan imej...
 ??  ?? (gambaratas)TJUMAN(kiri)menyampaik­ancenderah­ati kepada Aliyu.
(gambaratas)TJUMAN(kiri)menyampaik­ancenderah­ati kepada Aliyu.
 ??  ?? ALIYU menyampaik­an anugerah kepada Dave Albero Juhumin diperhatik­an Moin dan Tjuman.
ALIYU menyampaik­an anugerah kepada Dave Albero Juhumin diperhatik­an Moin dan Tjuman.
 ??  ?? ALIYU, Moin, Tjuman, Samson, bersama guru-guru, para ibu bapa dan pelajar merakam gambar kenangan selepas majlis itu.
ALIYU, Moin, Tjuman, Samson, bersama guru-guru, para ibu bapa dan pelajar merakam gambar kenangan selepas majlis itu.
 ??  ?? EDDRIA Jevanica Jim bersama ibunya dari Kg.Togis Ranau bergambar selepas menerima sijil penghargaa­n.
EDDRIA Jevanica Jim bersama ibunya dari Kg.Togis Ranau bergambar selepas menerima sijil penghargaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia