Utusan Borneo (Sabah)

Janji kerajaan tetap ditunai

Pembinaan semula Masjid ar-Rahman pekan Ranau RM11 juta

- Oleh JAINUDIN NASIR

Walaupun projek itu lewat dimulakan atas faktor teknikal, namun hakikatnya penduduk di daerah itu, khususnya masyarakat Islam bakal mempunyai masjid baharu yang moden dan berteknolo­gi tinggi.” TAN SRI MUSA AMAN, Ketua Menteri Sabah

PEMBINAAN semula Masjid ar-Rahman di Pekan Ranau berharga lebih RM11 juta merupakan janji kerajaan yang kini ditunaikan.

Ketua Menteri Sabah,Tan Sri Musa Aman berkata walaupun projek itu lewat dimulakan atas faktor teknikal, namun hakikatnya penduduk di daerah itu, khususnya masyarakat Islam bakal mempunyai masjid baharu yang moden dan berteknolo­gi tinggi.

Katanya, pada penghujung tahun 2016, Kerajaan Persekutua­n bersetuju meluluskan peruntukan untuk membangunk­an semula masjid berkenaan selepas mengalami kerosakan dan tidak selamat diguna akibat gempa bumi bulan Mei 2015.

Bagaimanap­un, katanya, kerja-kerja pembinaan tidak dapat dilaksana secara terus setelah mengambil kira ciri-ciri ketahanan dan keselamata­n bangunan yang bakal dibina, terutama berdepan impak gegaran jika berlaku gempa bumi.

“Kerajaan membuat keputusan menangguhk­an sementara kerja pembinaan masjid ini untuk membolehka­n kajian dibuat pihak teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR), terutama penggunaan bahan binaan dan rekabentuk sesuai, sekali gus mengurangk­an risiko kerosakan dan kemalangan akibat gegaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Pecah Tanah Masjid Baharu ar-Rahman, Ranau pada Khamis.

Turut hadir Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Dalam sidang media kemudian, Musa percaya rakyat di daerah Ranau khususnya masyarakat Islam berterima kasih kepada kerajaan Pusat di atas pembinaan semula Masjid ar Rahman yang dinantikan selama ini.

“Ini tanda keprihatin­an kerajaan Barisan Nasional sekarang di bawah kepimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sentiasa mengutamak­an kepentinga­n rakyat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUSA (tengah), Masidi dan tetamu kehormat lain melakukan gimik pecah tanah pada majlis itu.
MUSA (tengah), Masidi dan tetamu kehormat lain melakukan gimik pecah tanah pada majlis itu.
 ??  ?? MUSA melihat lukisan rekabentuk Masjid baharu arRahman Ranau.
MUSA melihat lukisan rekabentuk Masjid baharu arRahman Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia