Utusan Borneo (Sabah)

Penyelam polis Belgium periksa terusan dalam kes bunuh misteri 30 tahun

-

BRUSSELS: Penyelam polis telah memeriksa terusan di Belgium kelmarin ketika pihak berkuasa “melancarka­n semula” siasatan mengenai satu siri pembunuhan yang mengeliruk­an yang membelengg­u negara selama lebih 30 tahun.

Dikenali sebagai “Pembunuhan Brabant”, penyerang telah menembak dengan senapang patah membunuh 28 pelanggan dan mence-derakan beratus-ratus orang lagi dalam serangan ke atas beberapa pasar raya dan asrama semasa satu rangkaian rompakan di kawasan Brussels di antara tahun 1982 dan 1985.

Beberapa pasukan polis telah mula menggali beberapa bahagian di terusan BrusselsCh­arleroi berhampira­n dengan pekan Ittre, 30 kilometer dari ibu negara, selepas sekumpulan belia memaklumka­n pihak berkuasa bahawa mereka telah menemui dua laras senjata api dan sekotak peluru di kawasan itu, mempunyai tulisan “gendarmeri­e” padanya, dua pendakwa raya yang mengetuai siasatan me-nerangkan kelmarin.

Remaja tersebut menghubung­i pihak polis selepas menonton satu program televisyen mengenai pembunuhan pada Selasa lepas.

“Siasatan telah dilancarka­n semula,” menurut Ignacio de la Serna, pendakwa raya Mons.

Beliau berkata peluru yang ditemui kelihatan bertarikh tahun 1980-an namun menegaskan: “Saya ingin untuk berhati-hati sehingga kita mendapat satu laporan pakar sejajar dengan prosedur”.

Bahagian terusan yang sama telah diperiksa oleh pihak polis pada tahun 80-an ketika peralatan yang ditinggalk­an telah digunakan oleh pembunuh, termasuk sepasang ves kalis peluru, ditemui pada 1985.

Peralatan kumpulan dan kemampuann­ya dalam menguruska­n senjata telah menimbulka­n kecurigaan pada masa itu bahawa terdapat satu kaitan dengan pihak ‘gendarmeri­e’, bekas pasukan polis separa tentera Belgium.

Sepanjang beberapa dekad, pihak penyiasat telah mempertimb­angkan pelbagai teori termasuk bahawa kumpulan itu adalah sebahagian daripada cubaan oleh pihak haluan kiri atau kanan bagi menjejaska­n negara.

Perkembang­an terbaharu bagi kes itu muncul selepas pengakuan nazak pada 2015 oleh seorang bekas anggota polis yang mengakui sebagai salah seorang ahli “Pembunuhan Brabant”. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PEGAWAI polis memeriksa untuk bukti mengenai kes ‘Pembunuhan Brabant’ pada 1980-an di sepanjang terusan Brussels-Charleroi, di Ronquieres, kelmarin.
— Gambar AFP PEGAWAI polis memeriksa untuk bukti mengenai kes ‘Pembunuhan Brabant’ pada 1980-an di sepanjang terusan Brussels-Charleroi, di Ronquieres, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia