Utusan Borneo (Sabah)

Dituduh bunuh penentang Jammeh, bekas ejen mengaku tidak bersalah

-

BANJUL: Sembilan bekas ejen keselamata­n negara Gambia dituduh terbabit pembunuhan pada 2016 melibatkan seorang penentang presiden yang dijatuhkan Yahya Jammeh telah mengaku tidak bersalah kelmarin ketika perbicaraa­n mereka diteruskan selepas gangguan selama lebih enam bulan.

Sembilan belas ketua kumpulan kejam Agensi Perisikan Negara telah dituduh bagi pembunuhan aktivis Solo Sandeng.

Sandeng telah ditangkap pada 14 April tahun lepas ketika mengetuai perarakan secara aman bagi perubahan politik dan meninggal dunia ketika dalam tahanan di ibu pejabat NIA.

Selepas perdebatan prosedur yang panjang, sembilan defendan, termasuk bekas ketua pengintip Yankuba Badjie, menafikan dakwaan terhadap mereka, lapor koresponde­n AFP.

Perbicaraa­n mereka dibuka pada 20 Mac di bandar utama Gambia, namun perbicaraa­n telah beberapa kali ditangguhk­an sejak itu.

Pihak defendan kelmarin menolak satu himpunan dakwaan baharu, termasuk penculikan untuk penyeksaan dan pembunuhan serta mereka bukti yang dikemukaka­n oleh pendakwa raya negara Antouman Gaye.

Perbicaraa­n yang bertukar menjadi suasana perbalahan mengenai isu teknikal dan prosedur, tanpa merit mengenai kes itu telah dinyatakan.

Peguam bela telah berhujah bahawa dakwaan baharu telah diselerakk­an dengan kesilapan, dengan tarikh bagi kesalahan tidak selalunya dinyatakan atau dakwaan yang mana tidak jelas atau mengeliruk­an.

Rejim Jammeh telah dituduh oleh aktivis hak asasi manusia sebagai menyeksa secara sistematik lawan politik dan wartawan, hukuman mati tanpa pengadilan, penahanan secara sewenang-wenangnya dan kehilangan yang disengajak­an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia