Utusan Borneo (Sabah)

Majoriti produk di Guardian yang terpilih disahkan halal

Persijilan JAKIM adalah peningkata­n kepada tahap jaminan

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

PETALING JAYA: Guardian, rantaian farmasi dan peruncit kecantikan serta kesihatan terkemuka Malaysia dengan bangganya mengumumka­n majoriti produk keluaranny­a yang relevan kini telah mendapat pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)danyangsel­ebihnya di pelbagai peringkat proses pengesahan bagi mendapatka­n sijil tersebut.

Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd Alfonso Roderos, berkata, produk-produk Jenama Milikan Guardian telah sejak dahulu lagi dihasilkan menepati setiap piawaian kualiti, dan dengan persijilan daripada JAKIM untuk rangkaian produk terpilih ini adalah satu peningkata­n kepada tahap jaminan untuk pengguna.

“Produk-produk Jenama Milikan Guardian yang disahkan halal oleh JAKIM diterima baik oleh umat Islam dan bukan Islam kerana mereka mempunyai keyakinan dalam jaminan kualiti.

“Bagi jaringan meluas produk-produk Jenama Milikan Guardian, pensijilan Halal oleh JAKIM ini menambah satu lagi lapisan kepada keyakinan dan kepercayaa­n pengguna kepada produk kami.

“Ia membolehka­n pengguna Islam mendapat akses kepada lebih banyak jenis produk yang halal, lebih-lebih lagi kebanyakan­nya diuji serta dibuktikan secara dermatolog­i pada harga yang mereka akan suka,” katanya.

Sehubungan itu, kesemua produk Jenama Milikan Guardian dikilangka­n dengan piawaian kualiti yang tertinggi, dengan produk yang relevan telah diuji dan dibuktikan secara dermatolog­i, di mana semakin banyak produk ini mematuhi garis panduan halal JAKIM.

Pada masa sama, jenama tersebut kini dalam proses menghasilk­an pembungkus­an baharu yang memapar logo Halal JAKIM dengan jelas pada semua pek produk Jenama Milikan Guardian yang menerima sijil halal.

Produk-produk Jenama Milikan Guardian yang telah disahkan halal oleh JAKIM adalah gel mandian, gel mandian bayi, losyen bayi, cecair pembersih wanita dan vitamin jenis ‘Gummies’ untuk kanak-kanak.

Produk-produk berkenaan juga kini mempunyai bungkusan baharu dan boleh didapati di cawangan Guardian di seluruh Malaysia.

 ??  ?? ALFONSO Roderos (kanan) menunjukka­n produk-produk keluaran Guardian yang telah mendapat pengesahan Halal JAKIM.
ALFONSO Roderos (kanan) menunjukka­n produk-produk keluaran Guardian yang telah mendapat pengesahan Halal JAKIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia