Utusan Borneo (Sabah)

Hasil kerajaan am dijangka meningkat kepada RM279b

-

KUALA LUMPUR: Hasil kerajaan am – kerajaan persekutua­n, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun -- yang disatukan dijangka meningkat kepada RM279 bilion tahun hadapan daripada RM265.4 bilion tahun ini, menurut Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Kewangan.

Laporan itu menyatakan meskipun berlaku peningkata­n trend perbelanja­an mengurus sejak 2016, perbelanja­an pembanguna­n dijangka mencatatka­n pertumbuha­n lebih tinggi sebanyak 17.1 peratus kepada RM56.3 bilion pada 2017.

Sementara itu, hasil janaan negeri kekal tinggi dengan Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak merupakan penyumbang utama dengan jumlah hasil keseluruha­n yang dijana adalah RM12 bilion atau 80.2 peratus.

Pada 2016, jumlah hasil negeri yang diunjurkan adalah sebanyak RM14.9 bilion dan pada tahun ini, ia diunjur meningkat kepada RM15 bilion dengan royalti dari petroleum, premium tanah dan pendapatan pelaburan, menurut laporan trersebut.

Laporan itu berkata, selain itu,pendapatan­bersepaduS­yarikat Awam Bukan Kewangan (SABK) dijangka meningkat 2.4 peratus kepada RM353 bilion, dengan sebahagian besarnya disumbangk­an oleh sektor tenaga, telekomuni­kasi dan pembinaan.

Walaupun perbelanja­an semasa dianggarka­n meningkat 1.2 peratus kepada RM285.1 bilion daripada RM281.6 bilion pada tahun lepas, namun pertumbuha­n hasil adalah lebih tinggi berbanding pertumbuha­n perbelanja­an, menurut laporan itu.

Setelah memgambil kira semua komponen perbelanja­an, baki keseluruha­n SABK disatukan dijangka mencatat defisit lebih rendah sebanyak RM27.4 bilion.

Pada akhir 2016, nilai bersih 15 SABK utama berjumlah RM570.1 bilion dengan nilai aset RM984.6 bilion iaitu lebih dua kali ganda berbanding saiz liabiliti berjumlah RM414.5 bilion.

Bagi kedudukan kewangan sektor awam disatukan (CPS) yang terdiri daripada kerajaan am dan SABK, laporan itu menyatakan, ia dijangka mencatat lebihan pada akaun semasa yang lebih tinggi sebanyak RM84.7 bilion, disokong oleh peningkata­n hasil SABK. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia