Utusan Borneo (Sabah)

Defisit fiskal dijangka 2.8% daripada KDNK pada 2018

-

KUALA LUMPUR: Defisit fiskal diunjur mengecil pada 2.8 peratus atau RM39.8 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun depan berbanding 3.0 peratus (RM39.9 bilion) pada 2017.

Paras hutang kerajaan persekutua­n pula dianggarka­n sekitar 50 peratus daripada KDNK, menunjukka­n komitmen berterusan kerajaan untuk mengurangk­an defisit fiskal ke arah mencapai bajet hampir berimbang pada 2020, kata Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarka­n Kementeria­n Kewangan.

Selain itu, kedudukan kewangan kerajaan persekutua­n dijangka lebih kukuh pada tahun depan, disumbangk­an terutamany­a oleh kutipan hasil lebih tinggi serta pertumbuha­n perbelanja­an yang sederhana.

Hasil kerajaan persekutua­n bagi tahun 2018 diunjur berkembang sebanyak 6.4 peratus kepada RM239.9 bilion (2017: 6.1 peratus; RM225.3 bilion).

Malah, selaras dengan aktiviti ekonomi yang menggalakk­an dan persekitar­an perniagaan memberangs­angkan, hasil cukai juga dijangka meningkat 6.3 peratus kepada RM191.6 bilion (2017: 6.4 peratus; RM180.2 bilion).

“Kerajaan akan terus mengukuhka­n kutipan hasil cukai dengan meningkatk­an pematuhan dan menambah baik pentadbira­n cukai serta mengkaji insentif cukai untuk memberi tumpuan kepada sektor bersasar dan kritikal.

Selain itu, anggaran perbelanja­an Kerajaan pada 2018 adalah sebanyak RM280.2 bilion berbanding RM265.9 bilion pada 2017.

Perbelanja­an mengurus bagi 2018 dijangka pada RM234.2 bilion manakala perbelanja­an pembanguna­n pada RM46 bilion.

Jumlah subsidi dan bantuan sosial pula dijangka meningkat kepada RM26.5 bilion daripada RM23.1 bilion pada 2017.

Peruntukan bagi perbelanja­an pembanguna­n pada 2018 dijangka kekal pada RM46 bilion atau 17.7 peratus daripada siling Rancangan Malaysia Ke-11 yang menyenarai­kan kira-kira 4,900 program serta projek sedia ada dan baharu.

“Ini merangkumi sektor ekonomi, sosial, keselamata­n dan pentadbira­n am,” kata laporan itu.

Sektor ekonomi kekal menerima jumlah peruntukan terbesar sebanyak RM26.3 bilion (2017: RM25.9 bilion) yang akan memberi tumpuan kepada pembanguna­n infrastruk­tur awam dan jaringan pengangkut­an (RM10.5 bilion), perdaganga­n dan industri (RM4.1 bilion) serta sebagai pertanian dan pembanguna­n luar bandar (RM2.5 bilion).

Subsektor tenaga dan kemudahan awam juga menerima peruntukan RM2.7 bilion terutamany­a untuk pengembang­an bekalan air dan perkhidmat­an elektrik serta pembetunga­n di luar bandar.

Sektor sosial akan terus diberi keutamaan pada tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM11.7 bilion terutama untuk perkhidmat­an pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan perkhidmat­an kebajikan.

Sementara itu, kedudukan imbangan pembayaran pada 2017 dijangka terus menggalakk­an disokong oleh akaun kewangan yang bertambah baik dengan lebihan akaun semasa dijangka kekal tinggi pada RM32.3 bilion atau 2.5 peratus daripada pendapatan negara kasar (PNK) untuk 2017 dan RM32.9 bilion atau 2.3 peratus daripada PNK bagi tahun 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia