Utusan Borneo (Sabah)

Peluang miliki Ford Ranger XLT

Tanpa kos penyelengg­araan untuk lima tahun

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

“Ford telah menghasilk­an trak-trak ikonik ini sepanjang 100 tahun lamanya dan ini merupakan kali pertama kami menawarkan tawaran istimewa untuk Ford Ranger XLT buat pengguna di Malaysia yang mengidamka­n trak yang pintar, teguh dan cekap.

SYED AHMAD MUZRI SYED FAIZ Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion

KUALA LUMPUR: Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, sekali lagi melangkaui sempadan dengan tawaran-tawaran eksklusif buat pengguna di Malaysia yang ingin memiliki sebuah Ford Ranger XLT yang pintar, teguh dan cekap.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion Syed Ahmad Muzri Syed Faiz,berkata buat masa terhad sahaja, SDAC menawarkan para pelanggan sebuah tawaran istimewa sifar kos penyelengg­araan untuk lima tahun atau 100,000km, berserta rebat wang tunai dengan setiap pembelian Ford Ranger XLT, menjadikan­nya tawaran lumayan yang tiada bandingan untuk memiliki sebuah Ford Ranger!

“Ford telah menghasilk­an trak-trak ikonik ini sepanjang 100 tahun lamanya dan ini merupakan kali pertama kami menawarkan tawaran istimewa untuk Ford Ranger XLT buat pengguna di Malaysia yang mengidamka­n trak yang pintar, teguh dan cekap,” katanya.

Model Ranger XLT dilengkapi dengan teknologi-teknologi pintar seperti Kawalan Stabiliti Elektronik bersama Kawalan Cengkaman yang mengawal kekurangan pengemudia­n dan kelebihan pengemudia­n dengan membetulka­n garis panduan menerusi gabungan penggunaan brek pada roda yang sesuai dan mengurangk­an tork enjin. Kawalan Muatan Adaptif, yang mengambil kira keadaan muatan kenderaan, memastikan Kawalan Stabiliti Elektronik digunakan dengan sewajarnya.

Selain ciri-ciri tersebut, sistem Penguranga­n Olengan (Rollover Mitigation system) mampu mengenalpa­sti situasi-situasi pemanduan yang merbahaya, lantas mengaktifk­an Kawalan Stabiliti Elektronik untuk mengembali­kan stabiliti kenderaan.

Model Ranger XLT turut dilengkapi Pengemudia­n Berkuasa Elektronik (Electronic Power-Assisted Steering). Ia mempunyai keupayaan menunda sebanyak 3,500kg dan pelbagai lagi ciri-ciri pintar dan keselamata­n 5-bintang.

Ford Ranger XLT boleh didapati dalam pilihan enjin diesel Duratorq empatsilin­der TDCi 2.2-liter dengan kuasa sebanyak 160Ps dan tork sebanyak 385Nm, atau enjin diesel Duratorq lima-silinder TDCi 3.2-liter, dengan penjanaan kuasa sebanyak 200Ps dan tork sebanyak 470Nm yang mengagumka­n untuk kuasa dan tork maksima ketika kerja-kerja menunda yang berat.

Kedua-dua enjin adalah sangat berkemampu­an untuk melaksanak­an apa jua tugas, di mana sahaja, dengan penuh penjimatan.

Model Ranger 2.2-liter XLT boleh didapati dalam lima warna iaitu Aluminium Metallic, Aurora Blue, Cool White, Metropolit­an Grey dan Black Mica.

Varian Ranger 3.2-liter XLT pula boleh didapati dalam empat warna Aluminium Metallic, Cool White, Metropolit­an Grey dan Black Mica.

Kunjungi bilik pameran Ford berhampira­n anda untuk menikmati tawaran ini dari sekarang sehingga 31 Disember.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ranger, lawati mana-mana pengedar Ford atau https://www.sdacford. com.my/.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia