Utusan Borneo (Sabah)

RTM siar ‘Stesen, Serunding, Sampan Seringgit’ calon Drama Terbaik ASK 2017

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama bertajuk ‘Stesen, Serunding, Sampan Seringgit’ yang bakal bersaing dengan 18 drama lain dalam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang bakal berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 3 November depan.

Mengisi slot Panggung 1, drama ini menemui penonton pada 28 Oktober ini, jam 3.05 petang di TV1 dengan membariska­n pelakon Muhammad Raif Irfan, Muhammad Raif Ikhwan, Khir Rahman, Wan Azli Wan Jusoh, Rosnah Johari, Husairi Husin dan Kamarol Yusof.

Kisahnya berlatarka­n watak Nadi dan Adim, sepupu yang sangat akrab tinggal di sebuah perkampung­an tepian sungai. Nadi membesar dengan Maksu Kaseh, ibu kepada Adim setelah ayahnya Osman memutuskan berhijrah ke bandar. Kedua-dunya nekad berpegang kepada janji Osman yang dia akan pulang pada 1 Syawal yang akan datang.

Janji itu 3 tahun yang lalu dan setiap 1 Syawal Nadi ditemani Adim menunggu di stesen keretapi. Penantian kesabaran Nadi itu dirasai bersama oleh Stesen Master, Azan menemani mereka apabila Nadi dan Adim menghantar bungkusan serunding yang dibuat oleh Maksu Kaseh. Azan juga kecewa melihat kesungguha­n kedua anak ini kerana Osman mungkir janji. Maksu Kaseh pula mahu anak-anaknya fokus kepada pelajaran dan menjadi orang baik, namun sekeliling mereka, nilai baik itu sukar mereka boleh jadikan contoh.

Abang Azan iaitu Muslim merupakan pembawa sampan yang mengambil tambang seringgit untuk penduduk kampung merentasi sungai ke bandar. Hubungan Azan dan Muslim dingin kerana salah faham tentang harta peninggala­n arwah ayah mereka.

Tiada yang pernah tahu bagaimana hendak mendamaika­n dua beradik ini termasukla­h Pak Wahi, pemilik warung di kampung itu dan dia mendengar, melihat segalanya.

Anak-anak ini tidak faham, mengapa setiap kali bertanya tentang ayah Nadi, Maksu Kaseh akan resah dan tidak selesa dan mengapa Azan dan Muslim yang mereka tahu orang yang baik tetapi tidak boleh berbaik sesama adik beradik?

1 Syawal lagi sebulan akan tiba. Nadi sudah tidak mahu menunggu dan berharap kepada ayahnya lagi. Apakah kesudahan drama ini? Jangan lupa menontonny­a di TV1, jam 3.05 petang ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia