Utusan Borneo (Sabah)

K-Pop Super Junior rancang konsert jelajah Asean

-

KUMPULAN boy band dari Korea Selatan, Super Junior, merancang untuk mengadakan konsert jelajah ke semua negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia, di masa depan.

Ketua kumpulan, Park Jeong-su, atau lebih terkenal dengan nama pentasnya, Leeteuk, berkata kumpulan penyanyi muzik pop itu berharap, dan sentiasa bersedia, untuk menemui peminat mereka di rantau ASEAN.

“Kami berasa terharu dengan sokongan mereka dan ingin belajar lebih lanjut tentang budaya masyarakat ASEAN… kami sendiri yang membuat penyelidik­an tentang kesemua negara ini,” katanya kepada wartawan dari negara ASEAN di Seoul baru-baru ini.

Kumpulan wartawan itu melakukan lawatan sembilan hari ke Korea Selatan mulai 12 Okt di bawah program Lawatan Pertukaran Anggota Media ASEAN dan Korea 2017.

Anggota lain kumpulan Super Junior iaitu Kim Jonghoon (Yesung), Shin Dong-hee (Shindong),

Lee Hyuk-jae (Eunhyuk), dan Lee Donghae (Donghae) turut hadir pada sidang media itu.

Super Junior ditubuhkan pada 2005 dengan penampilan awalnya membabitka­n 12 anggota.

Beberapa orang daripada mereka yang pernah mengunjung­i negara ASEAN termasuk Indonesia, Kemboja, Filipina dan Thailand, menyatakan kagum dengan pembanguna­n yang sedang berlaku di negara berkenaan. Leetumenya­takan teuk rut Super Junior akan mengeluark­an album baharu pada 6 Nov untuk meraikan ulang tahun ke-12 penubuhann­ya.

“Tarikh ini amat bermakna kepada kami dan kami menumpukan segala usaha dalam membuat persediaan dengan semua anggota kumpulan berpadu tenaga. Kami juga menulis sendiri lirik lagu,” katanya.

Shindong mencelah, kumpulan itu

akan mengeluark­an satu lagi album pada 2019.

Sementara itu, Eunhyuk berkata artis dalam wilayah ASEAN juga berupaya menjadi kumpulan pop terkenal jika mereka tekun dalam bidang yang diceburi.

“Saya yakin ada kumpulan pop ASEAN di setiap negara anggota kerana mereka masing-masing mempunyai kebolehan,” katanya. Mengenai rahsia kejayaan kumpu- lan itu yang membolehka­n anggotanya terus aktif dalam industri yang begitu kompetitif, beliau menjawab: “Kami tidak mempunyai sebarang rahsia tetapi seiring usia kami terus meningkat, kami berusaha sedaya upaya untuk memberi yang terbaik.”

Ditanya tentang masa depan mereka, Shindong, Eunhyuk, Leeteuk, Yesung dan Donghae senada menegaskan hasrat untuk terus kekal dalam industri itu selama mana yang boleh. Meskipun merupakan sebuah boy band yang terkenal, Eunhyuk menegaskan Super Junior tidak mempromosi budaya Korea kepada dunia. “Barang kali, peminat kami mula menyukai makanan Korea setelah mereka menyukai lagu kami dan filem Korea serta berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang negara kami,” katanya. Super Junior menjadi terkenal di pentas antarabang­sa susulan single terbaik mereka ‘Sorry, Sorry’ pada 2009, yang merupakan tajuk pada album mereka ‘Sorry, Sorry’. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia