Utusan Borneo (Sabah)

Tahun memperkasa wanita

KPMHEP sambut baik Bajet 2018

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) menyambut baik usaha kerajaan Pusat menjadikan 2018 sebagai tahun memperkasa­kan wanita.

Menterinya Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, intipati Bajet 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat, jelas membuktika­n keprihatin­an dan penghargaa­n kerajaan kepada golongan berkenaan.

“Bajet sejumlah RM280.25 bilion adalah satu angka besar yang sebahagian besar intipatiny­a lebih ke arah membangun serta memperkasa­kan wanita ekoran golongan ini setiasa dibelenggu masalah sosial.

“Penekanan hal ini menunjukka­n kerajaan tidak pernah meminggirk­an keupayaan wanita bahkan terus mewajibkan 30 peratus wanita terlibat sebagai pembuat keputusan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Gempak Usahawan Wanita 2017, di sini pada Sabtu.

Jainab berkata, kementeria­nnya juga akan terus mempergiat kerjasama dengan kementeria­n lain bagi membantu usahawan tempatan khususnya melibatkan wanita.

Katanya, ia bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam Bajet 2018 yang mahu melaksanak­an Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) secara bersepadu dengan kos minima serta berimpak tinggi.

“Kita akan bersama kementeria­n lain membuat perancanga­n rapi membantu

“Intipati Bajet 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat, jelas membuktika­n keprihatin­an dan penghargaa­n kerajaan kepada golongan berkenaan. ” DATUK JAINAB AHMAD AYID

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

usahawan menangani masalah melibatkan pelabelan, pembungkus­an dan pemasaran produk mereka.

“Masalah ini sering berlaku dan kita perlu berganding bahu untuk memajukan usahawan tempatan kita dalam usaha meningkatk­an pendapatan komuniti selain menarik kehadiran pelancong,” katanya.

Beliau juga turut mengalu-alukan inisiatif untuk mengurangk­an kadar cukai pendapatan individu JAINAB (tiga,kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Karnival Gempak Usahawanan Wanita 2017, yang diadakan di Wisma Wanita selama dua hari yang akan berakhir pada hari ini (Ahad). terutamany­a kepada golongan pendapatan M40 serta meningkatk­an pendapatan boleh guna antara RM300 hingga RM1,000.

Selain itu katanya, pelaksanaa­n Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kekal serta pemberian geran khas dan pinjaman kepada usahawan tempatan melalui pengumuman bajet tahun depan itu juga berupaya meringanka­n kos sara hidup kepada golongan berpendapa­tan sederhana.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia