Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga pertikai kematian aktivis

-

BUENOS AIRES: Keluarga seorang aktivis hak peribumi yang dijumpai mati dalam sebatang sungai di Argentina selepas hilang selama 78 hari, percaya kematianny­a mencurigak­an, kata mereka kelmarin.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, Santiago Maldonado, 28, kali terakhir dilihat ketika ditahan polis separa tentera apabila mereka bertindak meleraikan perarakan protes kumpulan peribumi Mapuche di Chabut, Patagonia pada 1 Ogos lalu.

Kes itu membabitka­n kerajaan Presiden Mauricio Macri dalam kekalutan politik dan menghidupk­an semula memori hitam tentang zaman pemerintah­an kuku besi di negara itu dan kehilangan penentang.

“Santiago dijumpai mati, dia telah dibunuh, ini adalah satu penculikan,” kata abangnya Sergio kepada pemberita di satu taklimat di pejabat Amnesty Internatio­nal.

Mayat itu dijumpai pada 17 Oktober di celah-celah akar kayu di dasar sungai yang merentasi tanah leluhur yang dijual kepada ahli perniagaan Itali Luciano Benetton, tetapi dituntut kaum Mapuche.

Mariela Belski, dari Amnesty, berkata, “Santiago tidak hilang ketika berjalan di sepanjang sungai.”

“Dia hilang sewaktu penindasan polis. Kita perlu tahu apa yang telah berlaku.”

Dia menuntut siasatan yang bebas daripada campur tangan cawangan eksekutif.

Macri pula menyatakan beliau menyokong cara polis mengendali­kan kes.

 ?? — Gambar AFP ?? SERGIO, dengan lengan memaparkan tatu potret Maldonado, dan isterinya mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat Amnesty Internatio­nal Argentina di Buenos Aires, pada Jumaat.
— Gambar AFP SERGIO, dengan lengan memaparkan tatu potret Maldonado, dan isterinya mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat Amnesty Internatio­nal Argentina di Buenos Aires, pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia