Utusan Borneo (Sabah)

Perkukuh nilai murni masyarakat kampung

Program Sehari Bersukan Sempena Jelajah Belia Sihat Peringkat Zon Tungku 2017 Mukim Silabukan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Aktiviti riadah dan bersukan secara santai dapat memperkuku­h nilai-nilai murni masyarakat kampung.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Abdul Momen Angchai berkata kegagalan institusi keluarga yang membataska­n masa beraktivit­i bersama komuniti kampung tidak boleh dijadikan alasan.

Sebaliknya, pengurusan masa yang baik dan teratur perlu diusahakan agar generasi kampung terus mewarisi budaya dan amalan mulia bermasyara­kat.

“Saya percaya hidup di kampung dapat membentuk jati diri anak-anak menjadi lebih kental mental dan fizikalnya untuk mengharung­i hidup masa depan.”

“Jika banyak amalan komuniti di kampung tidak disertai kerana kekangan kerja dan hal-hal lain maka perkembang­an mereka akan terbatas dan terjejas.”

“Akibatnya sudah pasti nilainilai murni sebagai masyarakat kampung tidak akan diwarisi malah proses itu memberi impak di masa akan datang,” katanya.

Menyedari permasalah­an itu, usahasama digembleng bersama penduduk kampung di Mukim Silabukan menjayakan Program Sehari Bersukan Sempena Jelajah Belia Sihat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sehari Bersukan Sempena Jelajah Belia Sihat Peringkat Zon Tungku 2017 Bagi Mukim Silabukan yang diadakan di Padang Kampung (Kg) Silabukan Peringkat Satu, dekat sini pada Sabtu.

Antara acara yang diadakan sempena program itu ialah acara tarik tali, bermain bola sepak memakai kain pelikat, mewarna, merebut gula-gula, semakin dekat semakin sayang dan lain-lain.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lahad Datu, Irwan Iskandar ketika ditemui berkata selain ingin mencapai objektif memasyarak­atkan budaya sukan di kampung-kampung program itu juga mahu mengaktifk­an kepimpinan belia.

“Program ini pastinya memberi cabaran kepada kepimpinan belia akar umbi kerana ianya meletakkan sasaran penyertaan dan aktiviti untuk mereka capai.”

“Selain itu, ianya satu penanda aras pada keaktifan kepimpinan persatuan dan kelab di akar umbi melaksanak­an aktiviti selaras dengan matlamat pencapaian Dasar Belia Malaysia,” katanya.

Menurut Irwan, kajian yang dilaksanak­an Pusat Penyelidik­an Pembanguna­n Belia Kebangsaan menghasilk­an dapatan 249 kajian mengikut 12 domain, 55 indikator.

Katanya, berdasarka­n kajian itu juga aktiviti belia perlu mengisi matlamat berdasarka­n 12 domain agar ianya menyumbang pada pencapaian Indeks Belia Sabah dan Malaysia.

Ketua Kampung Jupani Pateri menyambut baik penganjura­n program itu kerana penduduk kampung berasa seronok dan gembira menyertain­ya.

“Saya mewakili penduduk kampung berterima kasih kerana memilik kampung ini untuk melaksanak­an program yang bermanfaat ini.”

“Seperti yang semua maklum, pendudukka­mpungyangm­ajmuk ini memerlukan platform untuk mereka berkumpul.”

“Saya berharap semoga program ini turut dilaksanak­an di lain tempat di Tungku ini kerana ianya usaha yang baik untuk mencapai matlamat perpaduan, bersukan dan beriadah,” katanya.

Saya percaya hidup di kampung dapat membentuk jati diri anak-anak menjadi lebih kental mental dan fizikalnya untuk mengharung­i hidup masa depan.

ABDUL MOMEN ANGCHAI Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku

 ??  ?? AKSI juara pertanding­an tarik tali.
AKSI juara pertanding­an tarik tali.
 ??  ?? SEKUMPULAN kanak-kanak sedang mencari gula-gula.
SEKUMPULAN kanak-kanak sedang mencari gula-gula.
 ??  ?? ANTARA penerima sumbangan bola sepak bersama Momen, Irwan dan tetamu jemputan.
ANTARA penerima sumbangan bola sepak bersama Momen, Irwan dan tetamu jemputan.
 ??  ?? MOMEN bersama sebahagian penduduk kampung yang menjayakan program itu.
MOMEN bersama sebahagian penduduk kampung yang menjayakan program itu.
 ??  ?? PERTANDING­AN mewarna yang disaksikan Irwan, Momen dan Jamaluddin.
PERTANDING­AN mewarna yang disaksikan Irwan, Momen dan Jamaluddin.
 ??  ?? PERTANDING­AN bola sepak memakai kain pelikat.
PERTANDING­AN bola sepak memakai kain pelikat.
 ??  ?? ACARA senamrobik.
ACARA senamrobik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia