Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Penerangan Labuan anjur Forum Apa Kata Gen Y 2017

-

LABUAN: Jabatan Penerangan Labuan akan menganjurk­an Program Negaraku Apa Kata Gen Y 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan pada Isnin.

Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan berkata, pada Ahad ini akan diadakan ceramah agama di Masjid Al-Hikmah, UMS Labuan selepas solat Maghrib yang akan disampaika­n oleh Ketua Imam Masjid Jamek An-Nur Ustaz Mohd Najeeb Abdul Rahim yang bertajuk ‘Cabaran Beragama Gen Y’.

Katanya, selepas solat Isyak pula akan diadakan tayangan layar bestari di kafetaria UMS Kampus Antarabang­sa Labuan.

Manakala pada Isnin akan diadakan forum Apa Kata Gen Y yang akan menampilka­n empat mahasiswa UMS Labuan sebagai panel.

“Forum Apa Kata Gen Y akan bermula pukul 8.15 malam di Dewan Kuliah Pusat, UMS Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Jawatankua­sa Pengelola Program Apa Kata Gen Y di Bilik Mesyuarat Kiamsam, UMS Labuan, baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Pendaftar Kanan UMS Labuan Zamri Haji Mohamad Tuah dan Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar Nur Iman Reedzal serta penyelaras program Ramlen Salleh.

Azman berkata, majlis perasmian program itu akan disempurna­kan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias.

Katanya, majlis itu akan dimeriahka­n dengan persembaha­n buskers.

“Program forum itu memberi ruang dan peluang kepada generasi muda khususnya mahasiswa UMS Labuan untuk mendapatka­n maklumat mengenai dasardasar kerajaan dan peranan golongan muda kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AZMAN (kanan) mengadakan perbincang­an dengan Zamri semasa mempengeru­sikan mesyuarat Program Apa Kata Gen Y di UMS Labuan, baru-baru ini.
AZMAN (kanan) mengadakan perbincang­an dengan Zamri semasa mempengeru­sikan mesyuarat Program Apa Kata Gen Y di UMS Labuan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia