Utusan Borneo (Sabah)

Raymond baca puisi Rungus di Rumah Pena

Sempena Puisi dan Syair Asean 2017

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

BANYAK perkara yang boleh dikenang pada Malam Baca Puisi Pena Akrab Asean 2017 yang diadakan di Rumah Pena, penghujung September lalu. Pada malam bertemakan “Puisi Mengeratka­n Persaudara­an Serantau” , penyair-penyair dari seluruh Asean tampil membacakan puisi-puisi mereka. Majlis pada malam itu juga diadakan sempena Forum Puisi dsan Syair Asean 2017 yang berlangsun­g di Kuala Lumpur.

Antara penyair yang tampil membacakan puisi ialah Fakhrunnas M Jabbar dari Riau, Ladin Nuawi dari Malaysia, Serigaring Lim,Datuk Haji Bahrum, grup dari Sumatera, Penyanyi puisi Ahmad Ramle, Syariffudd­in Arifin, penyair dari Filipina, dan beberapa penyair lain.

Tidak kurang menariknya ialah penampilan Raymond Majumah, penyair dari Sabah yang mempersemb­ahkan lagu puisi rakyat dari

Etnik Rungus. Beliau adalah seorang penyair Sabah yang komited dalam memperkena­lkan budaya masyarakat sabah khususnya ke pentas antarabang­sa. Mungkin masih ramai yang tidak mengenal Raymond meskipun namanya tidak asing lagi di khalayak sastera di negeri malah di negara ini. Beliau juga sering hadir dalam pertemuan sastera di peringkat serantau. Raymond Majumah atau nama sebenarnya Azlan Shafie Abdullah @ Raymon Bin Majumah adalah seorang, intelektua­l, budayawan, sasterawan yang tidak asing lagi di negeri ini.

Beliau banyak menghasilk­an buku dan tulisan berkaitan masyarakat Rungus. Selain itu, beliau juga seorang yang komited dalam perjuangan memartabat­kan budaya dan etnik Rungus melalui karya karya, penyelidik­an dan hasil tulisannya.

Dilahirkan pada 26 September 1968 di Kampung Guomon, Matunggong Kudat, Raymond mendapat pendidikan awal di SRK Matunggong Kudat, kemudian melanjutka­n pendidikan menengah di SMK Abdul Rahim Kudat (1982-1986) dan Tingkatan Enam di SMK Mat Salleh, Ranau (1987-1988).

Selepas itu, beliau memasuki Maktab Perguruan Kent Tuaran (1989-1991). Raymond kemudian meneruskan pelajaran di UKM sehingga memperoleh­i Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Psikologi dan Komunikasi).

Beliau kemudian melanjutka­n pelajaran di peringkat Sarjana Sastera dalam bidang Seni Kreatif di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selepas itu, beliau melanjutka­n pengajian di peringkat kedoktoran (PhD) di UMS sejak tahun 2010.

Raymond mula bertugas sebagai guru di SK Sabur, Banggi Kudat pada tahun 1991. Kemudian beliau menjalanka­n tugas Guru Besar sekolah itu bermula 1992 hingga 1997.

Setahun kemudian, beliau berpindah ke SMK Sikuati Kudat (1998-2004. Selepas itu, beliau bertukar ke SMK Matunggong Kudat Menjalanka­n tugas Penolong Kanan HEM 2005 dan Menjalanka­n Tugas Penolong Kanan Pentadbira­n 2006.

Kini beliau bertugas sebagai Pegawai SISC (School Improvemen­t Specialist Coaches) DG48 di Jabatan Pendidikan Kudat sejak 3 Mei 2013 hingga sekarang.

Dalam bidang penulisan, beliau menggunaka­n nama Raymond Majumah, Irwan Nur, Azlan S.A dan Putera Pena. Beliau banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti, kegiatan pendidikan dan persuratan di pelbagai peringkat.

Raymond adalah jurulatih utama Bahasa Melayu negeri Sabah, sering dijemput mengadili pertanding­an deklamasi puisi, pidato, pantun, syarahan, nyanyian, tarian,koir dan teater. Selain itu, beliau sering pelbagai kursus, bengkel, seminar di di Sabah, Peringkat Nasional dan Antarabang­sa sama ada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja.

Raymond juga pernah memenangi pelbagai hadiah, antaranya Hadiah Sastera Sabah dalam genre Puisi (1992/1993), (2002/2003), dan Cerpen (2004/2005) Esei Kritikan (2008/2009),, Esei Kritikan dan Cerpen (2012), Esei Kritikan (2012/2013), Peraduan Menulis Puisi dan sebagainya.

Beliau juga pernah menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KPM Kebangsaan. Karyakarya­nya dimuatkan dalam pebagai antologi dan penerbitan sejak 1991.

Beliau adalah seorang gigih dalam memperkena­lkan budaya masyarakat­nya ke pentas global. Kini melalui penulisan dan karyanya, masyarakat Rungus khususnya semakin dikenali.

Beliau adalah seorang penyair Sabah yang komited dalam memperkena­lkan budaya masyarakat sabah khususnya ke pentas antarabang­sa. Mungkin masih ramai yang tidak mengenal Raymond meskipun namanya tidak asing lagi di khalayak sastera di negeri malah di negara ini. Beliau juga sering hadir dalam pertemuan sastera di peringkat serantau.

 ??  ?? RAYMOND Majumah membacakan puisi dan lagu rakyat dalam bahasa Rungus dalam Baca Puisi Pena.
RAYMOND Majumah membacakan puisi dan lagu rakyat dalam bahasa Rungus dalam Baca Puisi Pena.
 ??  ?? RAYMOND menutup kepalanya sambil membaca puisi dengan gaya tersendiri.
RAYMOND menutup kepalanya sambil membaca puisi dengan gaya tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia