Utusan Borneo (Sabah)

Iran akan terus hasilkan misil

Rouhani tegaskan usaha tersebut untuk tujuan pertahanan

-

DUBAI: Iran akan terus menghasilk­an misil untuk tujuan pertahanan dan tidak menganggap­nya sebagai pelanggara­n perjanjian antarabang­sa, menurut Presiden Hassan Rouhani semalam dalam ucapan yang disiarkan di televisyen rasmi.

Rouhani berkata demikian beberapa hari selepas Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) mengundi untuk sekatan baharu ke atas program misil balistik Iran dalam sebahagian usaha untuk mengekang Tehran tanpa menjejaska­n perjanjian nuklear antarabang­sa secara langsung.

“Kami telah membina, sedang membina dan akan terus membina misil, dan tindakan ini tidak melanggar sebarang perjanjian antarabang­sa.

“Kami akan menghasilk­an apa juga bentuk senjata yang kami perlukan dan menyimpann­ya untuk digunakan pada bila-bila masa untuk mempertaha­nkan diri kami sendiri,” kata Rouhani dalam ucapan di Parlimen.

AS sudahpun menetapkan sekatan sehala ke atas Iran atas alasan ujian misilnya melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru Tehran untuk tidak menjalanka­n aktiviti berkaitan misil yang mampu menghantar senjata nuklear.

Iran menafikan ia membina senjata nuklear dan menegaskan ia tiada rancangan untuk membina misil berkeupaya­an nuklear.

Rouhani turut mengkritik AS ekoran keengganan Presiden Donald Trump awal bulan ini untuk mengesahka­n secara rasmi bahawa Tehran mematuhi perjanjian 2015 mengenai program nuklear Iran, meskipun pemeriksa antarabang­sa telahpun mengesahka­nnya.

“Anda tidak mengendahk­an rundingan dan perjanjian sebelum ini yang telah diluluskan Majlis Keselamata­n PBB dan menjangka orang lain untuk berunding dengan anda?

“Disebabkan sikap seperti inilah Amerika perlu melupakan sebarang rundingan dan perjanjian dengan negaranega­ra lain di masa hadapan,” tambah Rouhani merujuk kepada negara-negara tidak dinamakan di Asia Timur dalam rujukan ketara terhadap Korea Utara.

Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis berkata kelmarin bahawa beliau tidak dapat membayangk­an AS akan menerima negara bersenjata nuklear itu dan menegaskan semasa lawatan seminggu ke Asia bahawa diplomasi masih lagi menjadi pilihan utama AS. — Reuters

 ??  ?? GAMBAR fail 20 September lalu menunjukka­n Rouhani menyampaik­an ucapan semasa sidang akhbar sempena Perhimpuna­n Agung PBB di Kota New York. — Gambar Reuters
GAMBAR fail 20 September lalu menunjukka­n Rouhani menyampaik­an ucapan semasa sidang akhbar sempena Perhimpuna­n Agung PBB di Kota New York. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia