Utusan Borneo (Sabah)

Pascagempa, perarakan Hari Kematian raikan penyelamat

-

KOTA MEXICO: Hantu yang menari-nari, tengkorak yang disusun tinggi dan meja persembaha­n yang dihiasi dengan bunga tahi ayam kelihatan di sepanjang laluan utama di Kota Mexico kelmarin bagi menyambut Hari Kematian di sebuah negara yang masih lagi berkabung bagi hampir 500 orang yang terkorban dalam gempa bumi pada bulan lepas.

lebih dari 700 orang penghibur bersedia selama beberapa bulan bagi perarakan penuh warna-warni pada waktu tengah hari di sepanjang laluan sepanjang lebih dari 4 batu di e Paseo de la Reforma.

Dua gempa bumi pemusnah pada September lepas telah menyebabka­n beberapa perubahan lambat bagi program tersebut.

Satu simbol penumbuk yang diangkat dihasilkan dari topi keras dan kapak pendek mengetuai perjalanan dalam perarakan tersebut, disambut dengan sorakan dan tepukan daripada ribuan orang penonton.

Di belakang, satu kumpulan yang memakai ves pekerja berwarna terang berarak sambil mengangkat penumbuk mereka ke udara – satu penghormat­an kepada anggota penyelamat yang melakukan aksi sebegitu bagi meminta masa bertafakur ketika mereka mendengar suara mangsa terselamat di dalam runtuhan akibat gempa bumi yang kedua, pada 19 September, mana telah menumbangk­an beberapa buah bangunan dan mengorbank­an hampir 230 orang di ibu negara.

Namun gempa bumi yang paling kuat dalam tempoh lebih dari tiga dekad tidak menjejaska­n sambutan di Mexico yang berusia beberapa abad. Para peserta dan penonton turut melukis pada muka mereka sebagai tengkorak berwarna-warni, ramai dengan gaya ikon tengkorak di Mexico dikenali sebagai La Catrina.”

“Bagi kami sebagai satu masyarakat ia kelihatan sangat kejam yang menggerakk­an gerak hati kami,” menurut Ramon Marquez, 51, memakai baju T jingga yang tertulis perkataan #fuerzamore­los (Be strong Morelos) merujuk kepada salah satu dari kawasan yang terjejas dalam kejadian gempa bumi.

“Perarakan boleh menjadi satu perkara mengalihka­n fikirkan, satu cara untuk melepaskan diri.”

Dibiayai oleh kementeria­n kebudayaan dan pelanconga­n di Mexico, perarakan akan digandakan sehingga tiga kali ganda saiznya dari usaha awal tahun lepas, diinspiras­ikan oleh perarakan Day of the Dead yang ditampilka­n dalam bahagian pembukaan filem James Bond 2015 ‘Spectre’.

Tiga orang wanita muda memakai lukisan wajah stail La Catrina, topi berbulu besar dan gaun stail 1900s yang menurut mereka telah digunakan dalam ‘Spectre’.

Perayaan tahun ini membawa satu perasaan baharu bagi perpaduan selepas gempa bumi teruk di Mexico, jelas mereka.

“Kami bukan sahaja berada di sini untuk menyambutn­ya dan menari, namun juga ketika terdapat satu situasi membahayak­an kami akan hadir bersama untuk membantu,” kata Violeta Canella Juarez, 31 tahun.

Kira-kira 200,000 orang telah hadir pada tahun lepas, dan media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 300,000 orang semasa perarakan kelmarin.

Perarakan yang berakhirny­a dengan pemuzik mariachi memainkan lagu-lagu tempatan Mexico dari sebuah kereta berhias yang dihiasi dengan bunga dan kertas warna seperti bot yang melayari terusan di selatan bandar tersebut. Golongan wanita memakai pakaian pengantin menari dengan pengantin lelaki mereka, kedua-dua mereka dengan wajah yang dilukis seperti tengkorak.

Walaupun Mexico biasanya menyambut Day of the Dead pada 2 November di plaza, rumah dan kawasan perkuburan di pekan, populariti filem Bond telah mendesak pegawai Kota Mexico untuk melakukan satu pertunjuka­n seperti karnival, menurut penganjur acara tersebut. Walaupun begitu, penganjur acara menyatakan perarakan adalah bukan meniru satu produksi Hollywood.

“Tujuan bagi perarakan ini adalah bagi meraikan kehidupan,” menurut pengasas Anima dan Pengarah Artistik Alejandra Gonzalez Anaya. “Ia telah dilakukan di Mexico sebagai satu tradisi penting, maka kami berasa bangga untuk menunjukka­n sesuatu yang begitu penting dari Mexico kepada dunia.” — Reuters

 ??  ?? KAUM wanita memakai kostum ‘Catrina’, watak tempatan yang juga dikenali sebagai ‘Kematian Elegan’, menyertai perarakan peringatan Hari Kematian di Kota Mexico, kelmarin. — Gambar Reuters
KAUM wanita memakai kostum ‘Catrina’, watak tempatan yang juga dikenali sebagai ‘Kematian Elegan’, menyertai perarakan peringatan Hari Kematian di Kota Mexico, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia