Utusan Borneo (Sabah)

Kedah tidak ketandusan pemain pelapis

-

ALOR SETAR: Pemain muda yang beraksi cemerlang pada aksi terakhir di laman sendiri Liga Super bertemu JDT malam Ahad membuktika­n Kedah tidak ketandusan pemain pelapis, kata Ketua Jurulatihn­ya Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

Beliau berkata mereka telah menunjukka­n tahap permainan yang tinggi dan berupaya mengikat pasukan lawan untuk berkongsi satu mata tanpa sebarang jaringan.

“Player ( pemain) tahu pentingnya bermain di sini dan mereka bermain seperti skuad senior.

“Saya melihat Kedah tidak berdepan dengan ketandusan pemain tempatan yang berbakat untuk masa hadapan,” katanya kepada pemberita di sini, malam Ahad.

Pada aksi itu, Kedah secara keseluruha­nnya dibarisi pemain muda dan dibantu seorang pemain import Liridon Krasniqi.

Keputusan itu meletakkan skuad Hijau kuning berada di tangga keempat dalam carta Liga Super musim ini manakala JDT kekal di puncak liga.

Dalam pada itu, Mohd Nidzam berharap penyerangn­ya, Ken Ilso Larsen dapat beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu JDT di Stadium Shah Alam pada 4 Nov ini.

“Kita mengharapk­an Ken Ilso dapat beraksi pada final nanti, setakat ini laporan daripada pasukan perubatan memberitah­u kecederaan­nya semakin pulih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih pasukan JDT, Ulisses Morais berkata anak buahnya akan membuat persediaan rapi dengan harapan untuk memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia itu nanti.

Mengulas perlawanan malam tadi, beliau berkata secara keseluruha­n pasukannya berjaya mengawal permainan dan mencipta peluang-peluang untuk menjaringk­an gol walaupun gagal mengatasi tuan rumah. -Bernama

 ??  ?? PEMAIN Kedah Liridon Krasniqi diasak oleh beberapa orang pemain Johor Darul Takzim pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Darul Aman malam Ahad. -Gambar Bernama
PEMAIN Kedah Liridon Krasniqi diasak oleh beberapa orang pemain Johor Darul Takzim pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Darul Aman malam Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia